web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dunia Saya Rasa Seperti Terhenti, Bila Ayah Tiba-Tiba Tidak Bernafas – Norman Hakim 

“Alhamdulillah, Allah beri peluang kedua untuk bersama lagi dengan ayah, Belaian dan kasih sayang paling agung dengan izin-Nya saya curahkan untuk bersama lagi dengan ayah,” kata Norman.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 10:02AM

Norman Hakim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak siapa yang mahu kehilangan ibu bapa yang tercinta yang selama ini membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan perkara itulah yang sering menakutkan bagi seseorang yang bergelar anak. 

Perasaan yang sama itulah yang juga turut dirasakan aktor dan pengacara, Norman Hakim apabila bapanya. Haji Zaidon Bin Haji Abdul Rahim yang berada dalam keadaan uzur, tiba-tiba sahaja didapati tidak bernafas dalam tempoh 15 minit. 

Berkongi pengalaman yang mencemaskan di dalam hantaran Instagram miliknya malam tadi, Norman menulis: 

“Saya sekeluarga hampir kehilangan ayah semalam. Bahkan, dah ‘hilang’ pun selama 15 minit. Kakak saya @noorishah telefon menangis-nangis dan panik, beritahu saya kena balik sekarang.

“Ayah tak bergerak. Kakak terus memotong panggilan. Habis  di situ. Saya buka Whatsapp family group. Terus rasa dunia berhenti. Isteri @memeysuhaiza depan mata pun baca jugak. Tak keruan dan terus nangis.

“Gambar ayah di dalam Whatsapp Group dalam posisi duduk dalam bilik air. Nampak kondisi ayah pucat satu badan. Ayah tak respons. Nafas pun tidak ada. Saya bagi masa untuk diri istighfar dan bertenang. 

“Terus hubungi abang sulung di Johor suruh baca Whatsapp Group dan siap sedia untuk balik. Ayah mungkin dah tak ada. 

“Saya tahu inilah momen paling takut untuk saya berdepan. Saya istighfar lagi. Tarik nafas dalam-dalam. Cuba sedaya upaya untuk berdepan dengan kemungkinan yang ayah saya dah tak ada,” katanya.

Pada waktu yang sama, Norman memberitahu, bahawa dia juga berharap pada Allah SWT supaya benda yang paling ditakuti itu hanya cuma satu mimpi. 

Namun, pada waktu yang sama, dia telah memikirkan langkah serta tindakan susulan yang seterusnya untuk diambil. 

“Dunia masih terasa terhenti. Baca Yasin dalam hati untuk ayah dan pada masa yang samaj asak tetap kena bergerak dan bertindak. 

“Tiba-tiba dapat respons daripada anak saudara @shrmllhw, beritahu kepada ibunya @noorishah, Tok Ayah kembali bernafas balik mama, tengah ajar mengucap. 

“Perasaaan masa itu, Allah sahaja yang tahu. Hanya mengharap pada-Nya supaya nafas tu terus bertahan. 

“Alhamdulillah, Allah beri peluang kedua untuk bersama lagi dengan ayah, Belaian dan kasih sayang paling agung dengan Izin-Nya saya curahkan untuk bersama lagi dengan ayah. 

“Sisa trauma masih ada dengan insiden semalam (Selasa). Tak tahu nak luah macam mana lagi kat Allah atas rasa syukur dan teriak kasih untuk peluang kedua ini,” katanya. – Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara