web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 5:59PM

Misteri kehilangan Mila Sharmilah Samsusah atau Bella terungkai dengan penemuan satu mayat di Batu Pahat, semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika misteri kehilangan Mila Sharmilah Samsusah atau Bella, 32 hampir terungkai, kakak kepada wanita berkenaan pula tampil dengan pendedahan mengejutkan.

Dakwa wanita dikenali sebagai Mia Icha itu, dia dan adiknya amat rapat, malah sering berkongsi apa sahaja.

Katanya, pelbagai usaha telah dibuat sebaik kehilangan Bella mula disedari, termasuk mencari identiti individu terakhir yang bersama adiknya.

Jelas Mia, dia turut membeli telefon bimbit baharu bagi mendapatkan semula butiran Apple ID milik Bella, agar segala maklumat berkaitan pergerakan adiknya dapat diperoleh.

“Saya dah cuba beli handphone untuk restores Apple ID Bella. Tujuan saya beli handphone saya nak tunjukkan apa yang boyfriend (Bella) bagitahu semua tak betul.

“Bella naik kereta orang lain masa dia tinggalkan tepi jalan. Ada orang call-call dan WhatsApp. Semua ni tak ada pun,” katanya, menerusi perkongsian di Facebook.

Mengakui kecewa dengan cara polis di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor mengendalikan kes berkenaan, Mia berkata, jasad Bella pasti berada dalam keadaan sempurna jika ditemui lebih awal.

“Kalau tahu awal mana Bella disorokkkan, mesti keluarga dapat body bukan rangka.

“Walaupun body dah tak bernyawa, tapi masih boleh kami peluk cium utk kali terakhir,” katanya, sedih.

Kisah kehilangan Bella yang hampir mencecah 40 hari dipercayai terungkai, dengan penemuan satu mayat berhampiran sebuah sekolah di Tongkang Pecah dekat Batu Pahat, Johor, semalam.

Susulan penemuan, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 39 tahun direman sehingga 27 Januari untuk membantu siasatan.

Penahanan mereka disahkan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah. - Getaran, 20 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kakak Mohon Bantuan Terlibat Kemalangan, Tak Sangka Abang Ipar Digilis Lori 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki