web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kakak Mohon Bantuan Terlibat Kemalangan, Tak Sangka Abang Ipar Digilis Lori 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 4:57PM

Alia Nadia menunjukkan gambar mangsa dan keluarga - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LALOR SETAR - Daripada seorang yang periang dan gemar berjenaka, perwatakan Mohd Azrie Faiz Abdullah, 32, berubah apabila dia lebih banyak berdiam dan mengasingkan diri sewaktu berbuka puasa di rumah ipar-duainya dekat Changlun, semalam. 

Tanpa disangka, itu sebenarnya adalah petanda bahawa dia akan pergi untuk selamanya setelah motosikal dinaiki bersama anak dan isteri, terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 16.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Napoh, kira-kira jam 10.45 malam tadi. 

Menurut adik iparnya, Alia Nadia Mohd Radzif, 29, dia langsung tidak menyangka Mohd Azrie telah meninggal dunia sebaik menerima panggilan daripada kakaknya iaitu isteri arwah, Alis Natiesha Mohd Radzif, 30 berhubung kemalangan itu. 

"Ketika itu kakak bersama suami dan anak mereka, Putera Yusuf Matin Mohd. Azrie Faiz dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Warisan, Guar Chempedak selepas kami berbuka puasa bersama adik-beradik yang lain dekat Changlun. 

"Hanya kira-kira 10 minit selepas mereka keluar dari rumah, saya menerima panggilan dari Alis Natiesha yang memohon bantuan kerana mereka kemalangan. Saya sangkakan kemalangan itu tidak serius dan saya yang juga dalam perjalanan pulang ke Jitra, terus menuju ke lokasi kejadian. 

"Namun apabila tiba ke tempat kejadian, saya dapati abang ipar sudah pun meninggal dunia dengan badannya hancur digilis lori," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini, hari ini. 

Tambahnya, ketika ini Alis Natiesha yang mengandung enam bulan bersama Putera Yusuf masih dirawat di hospital Jitra dan dia seakan masih belum mampu menerima hakikat pemergian Mohd Azrie.

Jelas Alia Nadia, wanita terbabit juga sering bertanyakan mengenai keadaan Mohd. Azrie. 

"Sebenarnya sebelum kejadian itu, kami sudah beberapa kali menasihatkan mereka supaya tidur saja di Changlun dan tidak perlu pulang ke Guar Chempedak tetapi Mohd Azrie tidak mahu dengan alasan perlu bekerja pagi ini. 

"Lagi pun Mohd. Azrie sememangnya sudah biasa berulang alik dari Guar Chempedak ke tempat kerjanya iaitu sebuah kedai kopi di Hutan Kampung dekat sini. Mungkin disebabkan itu, dia mahu pulang juga ke rumahnya semalam," katanya.

Motosikan milik mangsa yang terbabit kemalangan malam tadi - gambar orang awam
Motosikan milik mangsa yang terbabit kemalangan malam tadi - gambar orang awam

Terdahulu Getaran melaporkan mengenai kemalangan menimpa tiga beranak itu yang menyaksikan tubuh badan Mohd. Azrie hancur, dipercayai digilis lori. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu bergerak dalam arah sama iaitu dari arah Changlun menghala ke Jitra.

"Setibanya di lokasi, treler tersebut yang dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun dab ditemani kelindan berusia 45 tahun, telah memintas motosikal dinaiki tiga beranak tersebut.

"Ketika hampir selesai memintas, pemandu treler tersebut menyedari kenderaanya telah melanggar motosikal berkenaan pada bahagian tayar belakang sebelah kiri," katanya. - Getaran 23 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Lelaki Nyaris Maut, Tayar Lori Diperiksa Tiba-Tiba Meletup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka