web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 8:29PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di sini pada 28 Februari lalu adalah milik mangsa kes pembunuhan, Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, perkara tersebut disahkan Jabatan Kimia Johor melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Ujian berkenaan mendapati ia sepadan dengan tulang yang ditemui semasa awal proses siasatan kes pembunuhan Bella.

"Pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru telah dimaklumkan berkaitan keputusan itu bagi membolehkan waris Bella menuntut tulang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, kakak arwah Bella, Norhisham Samsusah ketika dihubungi menzahirkan kesyukuran kerana tulang arwah adiknya itu dapat disatukan kembali dengan anggota tubuhnya yang lain.

Menurutnya, tulang yang telah dituntut itu selamat dikebumikan di kubur arwah Bella di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya di sini pada jam 1 tengah hari tadi.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat untuk menuntut tulang itu semalam (Jumaat). Alhamdulillah akhirnya tulang Bella selamat dikebumikan," katanya.

Pada 24 Januari lalu teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh wanita itu antara jam 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember lalu di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga hingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 19 Januari lalu polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan Bella.

Ibu tunggal dua anak berusia 32 tahun itu dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam, 14 Disember dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

2

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Sebak Dengar Tangisan Anak, Keluarga Bella

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki