web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Terkejut Penemuan Rangka, Tak Hidu Bau Busuk Atau Dengar Jeritan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Jan 2024 9:39PM

Ismail Dollah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT- Penduduk di Lorong Imam Jailani, Batu 7 Tongkang Pechah, dekat sini dikejutkan dengan penemuan rangka manusia yang tidak sempurna selain pakaian di samping rangka itu oleh polis di dalam sebuah rumah terbiar di dalam kawasan kejiranan itu petang semalam.

Seorang penduduk, Md Hairunizal Alimon, 56, berkata dia sendiri tidak pernah terserempak dengan sebarang kejadian pelik atau terdengar tangisan atau jeritan seseorang berhampiran kawasan kediamannya itu.

Dia berkata penduduk hanya menyedari adanya rangka manusia di rumah berkenaan setelah melihat kehadiran pihak polis di kawasan penemuan rangka itu.

"Dalam masa sebulan ini juga, kami tidak melihat kenderaan yang mencurigakan masuk ke bahagian belakang lorong ini, terutamanya ke rumah kosong yang terbiar, di mana rangka itu ditemui. Kalau ada pun cuma lori yang membawa tanah atau batu untuk menambak tanah berhampiran kebun kelapa sawit," katanya ketika ditemui pemberita, berhampiran kawasan penemuan rangka itu, hari ini.

Sementara itu, isterinya Fadilah Md Mery, 51, berkata sepanjang sebulan ini juga dia tiada terhidu apa-apa bau pelik kecuali bau ikan kerana terdapat tempat penjualan ikan di hadapan rumah.

Dia turut tidak mencurigai apa-apa apabila kenderaan yang memasuki lorong ini, kebiasan mereka yang menggunakannya hanya untuk membuat pusingan U selepas mengambil anak masing-masing dari sekolah.

"Selain itu, ada juga orang luar ke sini tetapi ianya waktu siang dan kita penduduk tidak mengesyaki apa-apa kerana kebanyakannya datang untuk membeli ikan," katanya sambil memaklumkan rumah itu kosong dan terbiar selama empat tahun.

Pada 14 Disember tahun lepas, seorang ibu tunggal dua anak, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dikenali sebagai Bella gagal dihubungi selepas keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

Dalam masa yang sama, kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, berkata jika berdasarkan laporan penemuan rangka bersama cebisan kain di lokasi, ianya hampir menyerupai ketika adiknya keluar daripada rumah, namun keluarganya tetap berharap keputusan ujian DNA yang dilaksanakan bakal merungkai kehilangan ibu tunggal berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam kenyataannya hari ini memberitahu, bedah siasat terhadap rangka yang ditemui telah dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

"Sampel patalogi juga telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan DNA dan tahanan reman terhadap tiga suspek dibenarkan sehingga 27 Januari depan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam, kira-kira jam 2 petang polis menemukan rangka berkenaan setelah salah seorang suspek menunjukkan lokasi itu kepada pihak polis.
- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia