web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teman Lelaki Didakwa Bunuh Bella

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 1:13PM

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan membunuh Mila Sharmilah Samsusah atau Bella di Tongkang Pechah pada Disember tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Teman lelaki Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan membunuh wanita itu di Tongkang Pechah, di sini, Disember tahun lalu.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohammad Haikal yang bekerja sebagai posmen didakwa membunuh Bella, 32, antara jam 11 malam 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember tahun lalu di antara Jalan Kelapa Bali, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar, dan juga di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam, Syahril Anuar.

Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.

Terdahulu, selain keluarga tertuduh, ahli keluarga Bella turut hadir di mahkamah seawal kira-kira 7.45 pagi bagi mendengar prosiding itu.

Pada Jumaat lalu, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di sini, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan ibu tunggal anak dua itu.

Pada 14 Disember tahun lepas, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 58 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 53 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi