web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 4:40PM

Ismail Dollah - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang merupakan kakak kepada mangsa pembunuhan, Mila Sharmila Samsusah atau dikenali sebagai Bella, bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar kanak-kanak berusia empat tahun di media sosial pada 2.10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam kenyatan berkata suspek ditahan ketika tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berhubung satu laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa gambar anaknya telah tersebar melalui 'live' atau siaran langsung di aplikasi TikTok.

"Selain menahan suspek tersebut polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk 'live' berkenaan.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk permohonan reman dan Majistret Nurasidah A Rahman membenarkan suspek ditahan reman selama satu
hari," katanya.

Ismail berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Sementara itu, suspek yang hadir ke Mahkamah Majistret Batu Pahat ditemani dua peguamnya Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi