web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 4:30PM

Noryani Tamadun menunjukkan gambar kenangan bersama Allahyarham Muhammad Faisol (kanan) yang dirakam pada sambutan Aidilfitri yang lalu - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - "Kita jumpa last dah ni..." 

Itu antara bait-bait kata dilafazkan Allahyarham Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, 38, kepada kakaknya, Noryani, 50, sewaktu dia pulang ke kampung di Kampung Tanjung dekat sini, sempena Aidilfitri lalu. 

Menurut Noryani, kata-kata tersebut diucapkan anak bongsu dari empat beradik itu sebelum dia kembali ke Sabah untuk bertugas pada hari raya kedua. 

"Hari ini semuanya terjawab. Rupa-rupanya adik saya itu pergi meninggalkan kami pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini, hari ini. 

Katanya, itu bukan satu-satunya petanda pemergian Muhammad Faisol yang mesra dipanggil 'Adik Mad' dalam kalangan keluarga. 

"Satu daripadanya, dia minta untuk makan nasi bersama telur goreng dan ikan masin. Katanya, takut tak dan (tak sempat) makan dah selepas ini. 

"Apabila dia cakap begitu, terdetik dalam hati saya mengapa dia cakap macam ini? Selain itu pada pagi Aidilfitri, dia ajak saya bersama abangnya ambil gambar bersama walaupun seorang lagi kakaknya yang bekerja sebagai polis di Pahang belum tiba. 

"Arwah kata kami kena ambil gambar bertiga dulu... Kalau nanti seorang 'hilang', kakak yang bekerja sebagai polis itu boleh ganti. Malah dia kata, gambar yang diambil itu mungkin akan jadi yang terakhir buat kami," katanya. 

Allahyarham Muhammad Faisol (kanan) bersama kakak dan abangnya - gambar Rafisqi Radhi
Allahyarham Muhammad Faisol (kanan) bersama kakak dan abangnya - gambar Rafisqi Radhi

Noryani menambah, dia reda dengan pemergian adiknya yang menghembuskan nafas terakhir sewaktu melaksanakan tugas. 

"Adik Mad pernah maklumkan yang dia mahu bersara dua tahun lagi. Pada hujung tahun ini, dia dijangka akan kembali bertugas di Lumut sebelum bersara. 

"Selepas itu dia mahu tinggal di rumah peninggalan arwah ibu bapa kami di Kampung Tanah Hitam dekat sini. Sementara menanti hari persaraan, rumah itu katanya mahu dijadikan homestay tetapi hari ini, dia terlebih dulu 'pergi'," katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan Noryani memberitahu, arwah cukup bersemangat untuk menyertai latihan sempena Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 di Lumut kali ini kerana dia akan berpeluang bertemu isterinya, Nor Syuhada, 39, yang bertugas sebagai guru di Seri Iskandar, Perak. 

"Malah dia turut mengajak kami sekeluarga untuk menyaksikan pertunjukan itu bulan depan. Tetapi saya katakan padanya yang kami tak dapat turut serta kerana lokasinya jauh," katanya. 

Allahyarham Muhammad Faisol (berdiri, tengah) bersama seluruh ahli keluarga
Allahyarham Muhammad Faisol (berdiri, tengah) bersama seluruh ahli keluarga

Noryani memaklumkan jenazah adiknya yang memiliki dua cahaya mata berusia enam dan 10 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam dekat sini. 

Muhammad Faisol merupakan antara 10 individu yang maut dalam nahas melibatkan dua helikopter TLDM di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi. 

Kedua-dua helikopter dari model HOM dan Fennec itu bergesel di udara sebelum terhempas sewaktu menjalani raptai sempena Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, yang dijadualkan berlangsung antara 3 hingga 5 Mei depan. - Getaran, 23 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kakak Mohon Bantuan Terlibat Kemalangan, Tak Sangka Abang Ipar Digilis Lori 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Adik Dikatakan Tumpang Populariti, Ini Jawapan Amelia Henderson

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera, Kakak Kandung Antara 5 Individu Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah