web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Diisytihar Bankrap Dengan Jumlah RM8 Juta, Fizo Omar Akui Ia Memberi Kesan Kepada Kelangsungan Hidupnya

Namun, jelas Fizo lagi, apabila memahami istilah muflis dan istilah rezeki daripada Allah, perkara itu tidak lagi memberi cabaran buatnya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2023 2:00PM

Fizo Omar - Gambar Instagram Fizo Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Fizo Omar mendedahkan dirinya masih diisytihar muflis dengan jumlah yang besar dan sama seperti sembilan tahun lalu iaitu RM8 juta.

Menurut Fizo, dia masih lagi memegang status sebagai seorang bankrap akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat sembilan tahun lalu.

“Status muflis itu masih lagi satu jumlah yang besar, berjuta-juta ringgit, tapi alhamdulillah Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya.

“Sehingga hari ini, saya rasa kehidupan saya semakin baik, bahagia bersama keluarga dan dari segi rezeki, perniagaan, karier saya syukur alhamdulillah tidak pernah putus.

“Tapi saya sentiasa percaya. Apapun yang berlaku, semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan itu, yang mana membawa saya ke sini,” katanya kepada Getaran.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 37, berkata, meskipun dirinya dihimpit dengan masalah berkenaan, namun hidupnya kini bertambah baik dan sekaligus menjadikan dia seorang yang kuat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pengalaman itu menjadikan Fizo lebih kuat untuk meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar Instagram
Pengalaman itu menjadikan Fizo lebih kuat untuk meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar Instagram

Jelasnya, apabila memahami istilah muflis dan istilah rezeki daripada Allah, perkara itu tidak lagi memberi cabaran buatnya.

“Saya bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Ada cabaran tetapi ada penyelesaiannya. Saya bersyukur kerana Allah memilih saya, beri ujian ini.

“Perkara inilah yang membawa saya keluar dari zon selesa. Saya terus berusaha membina perniagaan, saya mencari jalan sehinggalah kehidupan saya semakin baik,” ujarnya.

Sementara itu, disoal berkenaan kesan yang terpaksa dialui akibat status ini, Fizo menjelaskan ia perlu diatasi dengan pemikiran yang bijak agar dirinya tidak tertekan.

“Sejujurnya, tipulah kalau saya kata tiada kesan langsung. Tapi pada saya sebagai orang yang dah lalui situasi muflis ini, ia hanya sekadar sekeping kertas saja.

“Itu semua duniawi tapi kalau kita percaya kepada rezeki Allah, Dia tidak pernah memilih sesiapa yang muflis ataupun tidak untuk memberi rezeki.

“Malah, kita akan sedar bahawa perkara itu menjadi satu cabaran atau ‘trigger point’ untuk kita berusaha lebih apabila,  kita dilanda ujian, dan bagi saya sebenarnya muflis hanyalah dalam pemikiran saja,” kongsinya. – Getaran, 8 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir 40,000 Orang Muflis 'Hidup Semula', Peroleh Manfaat Dasar Peluang Kedua

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Jatuh Muflis: Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Pinjaman Kepada 20 Tahun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara