web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:56AM

Universiti swasta terbabit dikatakan mula melalui detik sukar selepas pengasasnya meninggal dunia - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah institut pengajian tinggi swasta tempatan (IPTS) berstatus universiti yang satu ketika dahulu amat gah kini didakwa berada di ambang kemuflisan.

Seorang petugas menerusi pendedahan di X mendakwa, pengurusan universiti berkenaan sehingga kini gagal menjelaskan gaji pekerja yang sudah tertunggak sejak November lalu.

Dia yang membuat pengakuan itu menerusi akaun SecretsMy berkata, keadaan tersebut menyebabkan semua petugas amat tertekan kerana berdepan dengan kesempitan wang.

“Kau imagine lah eh, macam mana nak survive sebulan punya gaji tu untuk sebulan setengah. Bills apa semua macam mana. Higher position pulak ada yang tak dibayar sampai
2-3 bulan. 

“Dalam offer letter janji nak bayar gaji bulan tu pada end of that month juga?? Dahlah email apa pun tak ada, tiap bulan nak kena mengemis gaji sendiri,” katanya, berang.

Dakwa petugas tersebut lagi, pihak pengurusan lebih mementingkan perkara remeh, seperti mengingatkan petugas untuk mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan parkir.

“Kalau suruh alih kereta from carpark tu laju je dapat email, merepek-repek jela. Gaji Januari I sampai sekarang tak masuk lagi. 

“Katanya 20hb ni masuk whatever lah ek dah nak masuk March dah diknon gaji Januari aku masih tak nampak bayang,” katanya.

Bukan sekadar tidak dibayar gaji, caruman KWSP dan PERKESO semua pekerja juga sudah tertunggak sejak tahun lalu - gambar hiasan
Bukan sekadar tidak dibayar gaji, caruman KWSP dan PERKESO semua pekerja juga sudah tertunggak sejak tahun lalu - gambar hiasan

Lebih menjengkelkan, pengurusan universiti terbabit juga seolah-olah ‘menipu’ kerana gagal menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sedangkan butiran penolakan ada dipaparkan dalam slip gaji semua kakitangan.  

“Yang buat i geram lagi sebab gaji i kena tolak for KWSP SOCSO (PERKESO) but??? My KWSP SOCSO since bulan 11 sangkut weh. No transactions at all since bulan 11 last year. I hari-hari check apps KWSP, sama je amount dia macam bulan 10 last year.

“If you tak mampu bayar, bagi jelah gaji I full tak payah tolak! I boleh contribute sendiri masukkan my part dekat dalam apps tu,” katanya.

Jelas petugas itu, persekitaran universiti terlibat juga semakin kotor kerana kerja-kerja pembersihan tidak lagi dijalankan mengikut jadual.

“One more thing, cleaner semua dah lari. Universiti kotor gila, I masuk toilet rasa nak mamp***, cleaner semua dah lari sebab gaji diorang lagi lama tak dibayar. 

“Kerja free je masing masing. Memang patut lah diorang lari. Sedih gila sebab dulu masa founder still hidup, tak macam ni pun. Everything was niceee lahhhh,” keluhnya.

Dakwanya, universiti berkenaan ketika di era kegemilangan mencatatkan pelbagai kejayaan dan pencapaian menakjubkan, namun kini segalanya amat menyedihkan.

“I sarankan siapa-siapa nak masuk belajar dekat uni ni sila batalkan niat anda and also kepada siapa yang nak apply kerja sini, don’t!

“Here’s the name of the university, L*****. Teka la,” katanya, sinis. - Getaran, 16 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir 40,000 Orang Muflis 'Hidup Semula', Peroleh Manfaat Dasar Peluang Kedua

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pentadbir Universiti Wajib Rancang SOP Krisis Bekalan Air - Gabungan Mahasiswa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Masih Diisytihar Bankrap Dengan Jumlah RM8 Juta, Fizo Omar Akui Ia Memberi Kesan Kepada Kelangsungan Hidupnya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang