web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir 40,000 Orang Muflis 'Hidup Semula', Peroleh Manfaat Dasar Peluang Kedua

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Apr 2024 9:03PM

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, M Bakri Abd Majid ketika ditemu bual BERNAMA baru-baru ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hampir 40,000 individu telah diberikan pelepasan daripada senarai bankrap menerusi Dasar Peluang Kedua setakat Februari lalu, menurut Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), M Bakri Abd Majid.

Beliau berkata, berdasarkan sesi pertemuan Mdl dengan pemohon inisiatif itu, mereka menyatakan rasa gembira dengan wujudnya dasar tersebut kerana dapat menjalani kehidupan baharu dan kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

"Sijil pelepasan bankrap kita beri di rumah masing-masing dan mereka telah ceritakan apa perancangan selepas dilepaskan daripada bankrap, ada yang berhasrat kembali berniaga dan membantu keluarga," katanya kepada BERNAMA di sini.

Dasar Peluang Kedua adalah inisiatif Kerajaan Perpaduan membela nasib rakyat dengan jumlah hutang berskala kecil untuk dilepaskan daripada kebankrapan melalui syarat-syarat tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 tahun lalu berkata, dasar berkenaan akan diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000 bermula tahun ini.

M. Bakri berkata, dasar itu menyasarkan pelepasan sehingga 130,000 orang yang diisytiharkan bankrap menjelang akhir tahun ini, iaitu 50 peratus daripada 260,000 kes Mdl ketika ini.

Katanya, Mdl juga kini giat menjalankan program Jelajah Jabatan Insolvensi 2024 di seluruh negara khususnya di kawasan pedalaman bagi memberi maklumat mengenai Dasar Peluang Kedua.

Beliau turut menasihatkan individu bankrap supaya hadir ke Mdl untuk mendapatkan maklumat jelas mengenai dasar berkenaan.

"Sekarang, kita juga berikan kebenaran setiap orang bankrap boleh membuka satu akaun bank kerana sekarang semuanya dalam bentuk tanpa tunai," katanya.

Mengenai jumlah kes kebankrapan, M. Bakri berkata, ia merekodkan trend penurunan iaitu 233,483 pada tahun lalu berbanding 269,654 pada 2022.

Beliau berkata, faktor utama individu diisytihar muflis adalah disebabkan pinjaman peribadi dengan 13,112 kes direkodkan dalam tempoh 2022 hingga Februari lalu.

"Saya berpandangan mungkin kesedaran kewangan rakyat Malaysia tidak tinggi, jadi cara paling mudah mereka selesaikan masalah kewangan adalah dapatkan pinjaman peribadi untuk dapat duit segera, jangan gali lubang, tutup lubang," katanya.

Menurutnya, ilmu dan pendidikan mengurus perbelanjaan dan kewangan secara berhemah amat penting bagi mengelak masyarakat daripada masalah kebankrapan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Universiti Swasta Didakwa Hampir Muflis, Gaji Pekerja Tertunggak Sejak November

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Masih Diisytihar Bankrap Dengan Jumlah RM8 Juta, Fizo Omar Akui Ia Memberi Kesan Kepada Kelangsungan Hidupnya

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Jatuh Muflis: Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Pinjaman Kepada 20 Tahun

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

3 Kesalahan Besar Pengguna Kad Kredit Bagi Golongan Milenial

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi