web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kesalahan Besar Pengguna Kad Kredit Bagi Golongan Milenial

Sebanyak 60 peratus daripada jumlah individu yang berstatus muflis berumur di antara 25-40 tahun akibat beban hutang kad kredit. 

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6:00PM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saban tahun, Malaysia telah mencatatkan jumlah pengisytiharan muflis yang tinggi dan menurut perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), seramai 46,132  telah dicatatkan muflis sejak 2018 sehingga Mei 2022. 

Kajian yang dilakukan Bank Dunia pula mendapati bahawa, 60 peratus daripada jumlah tersebut merupakan individu berusia di antara  25-40 tahun atau generasi milenial. 

Situasi ini benar-benar amat membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang diisytiharkan muflis ini terpaksa berdepan dengan bahana ini akibat memohon kad kredit. 

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Lazimnya tanggungan beban hutang kad kredit akan dihadapi jika ia digunakan tanpa kawalan dan ia boleh merosakkan masa depan mereka. Namun apakah kesilapan utama yang dilakukan mereka ini ketika menggunakan kad kredit ini?

Ketahui tiga kesalahan besar pengguna kad kredit yang mampu menyebabkan golongan ini diisytiharkan sebagai muflis.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Penggunaan Mengikut Emosi

Emosi yang dimaksudkan ialah keinginan untuk membeli barang seperti jam tangan mewah yang dianggap sebagai ganjaran untuk diri sendiri setelah penat bekerja. Situasi ini sebenarnya boleh meningkatkan kecenderungan anda untuk berada dalam keadaan yang tidak rasional semasa menggunakan kelebihan kad kredit.

Ditambah lagi dengan pengaruh rakan sekeliling, perasaan ingin membeli pasti membuak-buak dalam diri menyebabkan anda meleretkan kad tersebut pada peranti yang disediakan tanpa berfikir panjang dan tidak terkawal.

Bukannya tidak boleh berbelanja untuk ganjaran diri akan tetapi seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan kad kredit supaya perasaan tersebut tidak timbul ketika berbelanja.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Pautan Kad Kredit Pada Platform E-dagang

E-dagang adalah sebuah aplikasi jual beli secara dalam talian yang membolehkan pengguna memautkan sistem pembayaran menggunakan kad kredit. Berbeza dengan kaedah auto debit yang membenarkan transaksi pemindahan wang berdasarkan jumlah duit yang ada di dalam akaun simpanan, kad kredit membenarkan proses jual beli ini dijalankan tanpa sebarang halangan.

Pautan kad memudahkan lagi proses pembelian dan secara tidak langsung menjadikan masa untuk anda berfikir sejenak menjadi singkat. Keadaan ini mengakibatkan kelalaian anda dalam menentukan pembelian barang tersebut samada ia adalah barang keperluan atau kehendak.

Jadinya,proses tersebut mendorongkan lagi anda untuk berbelanja secara berlebihan serta menambah hutang yang sedia ada.

Gambar hiasan dari Pexels
Gambar hiasan dari Pexels

Salah Guna Skim Buy Now Pay Later (BNPL)

Skim BNPL mula popular sejak  2021 dan merupakan kaedah yang tidak mengenakan apa-apa caj faedah ketika membuat pembelian secara ansuran menggunakan kad kredit. Kebiasaannya, ia digunakan untuk membeli barang yang bernilai tinggi seperti perabot.

Namun, kadar faedah sifar tersebut boleh ditarik balik jika anda terlewat membayar ansuran dari tempoh yang ditetapkan, secara automatik caj faedah akan dikenakan sebanyak 12 hingga 18 peratus daripada baki tertunggak.

Maka, tiada bezanya jika kegunaan skim ini digunakan tanpa mmepunyai disiplin dalam membuat pembayaran ansuran kerana hutang anda tetap akan ada dan semakin bertambah.

Secara amnya, gunakanlah kad kredit bagi tujuan kecemasan sahaja atau seelok-eloknya di usia muda elakkan daripada memohon atau memilikinya. Ini bagi menghindari anda daripada mendapat bebanan hutang seterusnya diisytiharkan muflis akibat tidak mampu untuk membayarnya.- Getaran, 19 Ogos 2022


 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 5 hari yang lalu

Tecno Pova 6 Pro 5G, Telefon Mampu Milik Untuk Kaki ‘Game’

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

POGS Tampil Dengan Fon Kepala Selamat Untuk Kanak-Kanak

3

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Si Pemboros Kena Muat Turun Aplikasi Urus Kewangan Ini

4

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Hadiah Bernilai Lebih RM621,000 Untuk Pemenang Anugerah Honor Talents Global Design 2024 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN