web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Squid Game' Menang Pengarah, Pelakon Drama Bersiri Terbaik Di Emmys

Secara keseluruhan, 'Squid Game' telah memperoleh enam gelaran Emmy: dua kemenangan pada Isnin dan empat di Emmy Seni Kreatif yang diadakan minggu lepas.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 3:28PM

Lee Jung-jae dan Hwang Dong-hyuk - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama survival yang menjadi fenomena di Korea Selatan "Squid Game" menjadi drama bukan bahasa Inggeris pertama memenangi anugerah pelakon dan pengarah terbaik bagi kategori drama bersiri di Anugerah Primetime Emmy, lapor Agensi Berita Yonhap.

Penerbit, pengarah dan penulis skrip ‘Squid Game’ Hwang Dong Hyuk, membawa pulang hadiah Pengarah dan Penulisan Cemerlang untuk episod pertama siri Netflix, "Red Light, Green Light", pada Edisi ke-74 anugerah berprestij di Teater Microsoft di Los Angeles pada Isnin.

Beliau bersaing dengan Mark Mylod, Cathy Yan dan Lorene Scafaria dari 'Succession', Ben Stiller dari 'Severance', Jason Bateman dari 'Ozark' dan Karyn Kusama dari 'Yellowjackets.'

Ini adalah kali pertama siri TV bukan Inggeris memenangi Emmy, penghormatan yang paling didambakan dalam industri TV Amerika Syarikat.

Hwang mengucapkan terima kasih kepada platform penstriman global Netflix kerana memberi ruang terhadap siri rancangannya mengakses pasaran global.

"Saya benar-benar berharap 'Squid Game' bukan siri bahasa Inggeris terakhir saya untuk dicalonkan di Emmys, dan saya juga berharap ini juga bukan kemenangan terakhir saya."

'Squid Game' adalah siri asal paling popular Netflix pernah ditonton, dengan jumlah tontonan sebanyak 1.65 bilion jam dicatatkan pada empat minggu pertama - Gambar Fail AFP
'Squid Game' adalah siri asal paling popular Netflix pernah ditonton, dengan jumlah tontonan sebanyak 1.65 bilion jam dicatatkan pada empat minggu pertama - Gambar Fail AFP

Pelakon utama Lee Jung Jae turut memenangi kategori Pelakon Utama Dalam Siri Drama, menewaskan Jason Bateman daripada 'Ozark', Brian Cox dan Jeremy Strong daripada 'Succession', Bob Odenkirk daripada 'Better Call Saul' dan Adam Scott daripada 'Severance.'

Secara keseluruhan, 'Squid Game' telah memperoleh enam gelaran Emmy: dua kemenangan pada Isnin dan empat di Emmy Seni Kreatif yang diadakan minggu lepas.

Filem yang boleh diakses menggunakan platform Netflix itu memperoleh 14 pencalonan di Emmys tahun ini.

Ia adalah siri asal paling popular Netflix pernah ditonton, dengan jumlah tontonan sebanyak 1.65 bilion jam dicatatkan pada empat minggu pertama. 

Musim kedua ‘Squid Game’ kini dalam penggambaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara