web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tilit-Tilit Cinta, Drama Dialek Sarawak Pertama Ditayangkan Di Netflix

Drama bersiri 13 episod terbitan Vian Media ini merupakan adaptasi dari teater berjudul 'Latiff vs Maryam'. Ia menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 12:21PM

Tilit-Tilit Cinta adalah drama bersiri dengan 13 episod dan mula ditayangkan di Netflix sejak 16 September lalu. - Gambar ihsan Vian Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencipta sejarah sendiri drama Tilit-Tilit Cinta (Spying Your Love) apabila menjadi drama dialek Sarawak pertama yang sedang ditayangkan di Netflix sejak 16 September lalu.

Drama bersiri 13 episod terbitan Vian Media ini merupakan adaptasi dari teater berjudul ‘Latiff vs Maryam’, karya asal Arshad Adam dan MyContent Distribution bertindak sebagai pengedar. 

Pengarah Urusan MyContent Distribution, Lyn Nasihin yang juga anak jati Sarawak berkata, karya berunsur dialek dari Borneo juga perlu diperkenal dan pasti menarik di pasaran antarabangsa.

“Matlamat kami di MyContent Distribution adalah untuk mengembangkan industri kandungan kreatif di Malaysia dengan mengedarkan karya kandungan kreatif tempatan ke platform-platform penstriman global.

“Ini bertujuan untuk menggalakkan syarikat produksi tempatan menghasilkan lebih banyak karya yang boleh dipasarkan untuk tontonan antarabangsa, seperti Tilit-Tilit Cinta,” katanya.

Penggambaran drama tersebut, dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melalui Dana Kandungan Digital (DKD). Tilit-Tilit Cinta antara sembilan penerima DKD melalui program TVS Pitch It Siri 1/2020.

Sementara itu, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang merupakan Ketua Pegawai Operasi FINAS berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan terbitan yang boleh dibawa ke peringkat global.

“FINAS sangat mengalu-alukan terbitan yang boleh dibawa ke peringkat global. Usaha pihak MyContent Distribution untuk memasarkan Tilit-Tilit Cinta ke Netflix adalah satu inisiatif terpuji dan harus dicontohi oleh syarikat produksi tempatan lain. 

“Ini bukti bahawa karya penggiat kandungan kreatif Malaysia mempunyai keunikannya tersendiri dan versatil, sesuai untuk tontonan masyarakat di seluruh pelosok dunia,” ujarnya.

Drama arahan Josh Nawan itu berkisar mengenai kisah percintaan penuh romantik antara Ujang lakonan Haziq Fadhullah dan Merry (Dee Dee A'iene) yang penuh romantik serta jenaka.

Ia turut dibintangi Kahar Jini, Yana Melanos dan Javenson Serit.

Siri tersebut turut menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya dan memaparkan kepelbagaian sosiobudaya di negara ini, diharap berjaya menambat hati penonton.

Drama itu pernah  ditayangkan di TV Sarawak (TVS), saluran 122 Astro dan MYTV tahun lalu bermula 9 Oktober hingga 21 November. – Getaran, 21 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara