web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Biarkan Filem ‘Juang’ Berjuang Sendirian Di Pawagam – Pergilah Menonton!

Filem yang diarahkan lima pengarah hebat serta barisan pelakon terkenal dan berbakat ini seharusnya menjadi pilihan penonton filem di Malaysia kerana ia memaparkan kisah serta lakonan yang berbekas di hati.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 1:35PM

Salah satu segmen yang dimuatkan dalam filem Juang. - Gambar dari Instagram filem Juang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Juang yang menampilkan lima orang pengarah hebat tanah air kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Juang diarahkan Aziz M Osman, Khabir Bhatia, Osman Ali, Datuk Yusry Abdul Halim dan Matt Lai.

Filem ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku sewaktu seluruh dunia sedang berperang dengan virus COVID-19 dan terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiap pengarah mengarahkan cerita yang berbeza yang digabungkan menjadi sebuah filem. Menariknya, ketika menonton filem ini anda akan berteka-teki pengarah yang mana satu yang mengarahkan kisah yang dipamerkan. Itu yang terjadi kepada penulis. Dan, rupanya ada tekaan penulis yang salah.

Barisan pelakon yang membintangi filem ini juga hebat-hebat belaka seperti Zul Ariffin, Janna Nick, Zizan Razak, Sangeeta Krishnasamy, Izzue Islam, Vanidah Imran, Dian P Ramlee, Norish Karman, Jack Lim, Azri Sabri, Choo Hao Ren Chew Kin Wah 

Filem ini terbahagi kepada lima buah penceritaan yang berbeza yang membabitkan petugas barisan hadapan.

 Kisah pertama melibatkan kakitangan bahagian kesihatan di sebuah pusat kuarantin yang dibintangi oleh Zul Ariffin sebagai doktor dan Janna Nick sebagai jururawat. 

Kisah kedua melibatkan pasukan polis yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Izzue Islam yang terpaksa berhadapan dengan sikap masyarakat yang degil sewaktu PKP.

Kisah ketiga menampilkan Sangeeta sebagai pekerja bahagian penghantaran di mana dia menolong orang yang terperangkap di dalam rumah flat akibat PKP yang tidak dapat keluar untuk membeli barang keperluan. 

Kisah keempat membabitkan petugas bahagian penerbangan yang dibintangi Azri Sabri sebagai ketua pramugara dan Vanidah Imran sebagai doktor yang bertugas untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Wuhan akibat perintah kuarantin. 

Kisah kelima pula membabitkan seorang warganegara Malaysia lakonan Jack Lim yang terperangkap di Wuhan dan bergelut untuk pulang ke Malaysia dan melalui perjalanan yang sukar untuk ke lapangan terbang akibat ditinggalkan bas dan kehilangan passport. 

Kesemua cerita ini digarap dengan begitu baik biarpun dipamerkan secara serentak bukannya di bahagi satu-persatu. 

Penonton bakal terimbas kembali detik-detik cemas dan mendebarkan sewaktu dunia dilanda pandemik dan petugas barisan hadapan yang keletihan dari segi fizikal dan emosi.

Ada babak yang betul-betul menjentik emosi sehingga mampu mengalirkan air mata terutamanya buat mereka yang pernah berada di dalam situasi yang sama serta terutama yang pernah kehilangan insan tersayang akibat Covid-19. 

Penulis puji pihak produksi kerana memilih pelakon-pelakon yang benar-benar berbakat dari pelbagai bangsa untuk ditonjolkan dalam filem ini. Lakonan mereka begitu berkesan terutamanya yang melibatkan babak-babak yang menyentuh emosi. Penulis juga mahu berikan kredit kepada Janna Nick dan Sangeeta yang begitu cemerlang menggalas watak masing-masing. 

Menariknya filem ini menampilkan 100 orang pelakon termasuk watak penampilan khas seperti Allahyarham Adibah Noor, Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Angeline Tan, Esma Daniel dan ramai lagi. 

Pergilah ke panggung untuk menonton filem ini dan jangan biarkan filem ini sepi di pawagam kerana karya seperti ini wajar mendapat perhatian penonton supaya kita dapat merasai perit jerih serta perjuangan setiap dari kita saat berperang dengan pandemik. – Getaran, 21 September 2022

4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara