web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dah Berusia 50 Tahun, Tapi Zamarul Hisham Masih Jadi pilihan Untuk Watak Hero  

Menurut Zamarul, membawa watak 'hero' dalam drama dianggap sebagai satu cabaran dan tanggungjawab besar yang perlu digalas.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2022 6:00PM

Drama bersiri Aku Tanpa Cintamu sudah mula bersiaran sejak 15 September 2022. - Gambar oleh TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sudah melewati usia 50 tahun, namun pelakon Zamarul Hisham Mohamed, masih lagi menjadi pilihan sebahagian syarikat produksi untuk melakonkan watak utama dalam drama bersiri yang mengisi slot popular di stesen televisyen.

Zamarul yang ketika ini sedang menjayakan drama bersiri Aku Tanpa Cintamu,  mengakui dia teruja apabila masih diberi peluang menerajui slot kesukaan ramai, Samarinda. Bahkan, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif  dan menyifatkan umur sebagai sekadar nombor. 

Zamarul mengakui watak yang dibawa tambah mencabar apabila digandingkan dengan pelakon lebih muda. - Gambar ihsan TV3
Zamarul mengakui watak yang dibawa tambah mencabar apabila digandingkan dengan pelakon lebih muda. - Gambar ihsan TV3

“Saya sebenarnya sudah lama tak berlakon drama di TV3. Jadi, apabila mendapat peluang untuk menjayakan drama Aku Tanpa Cintamu, ia pasti menjadi cabaran besar apabila menjadi watak utama ‘hero’ dalam drama ini.

“Malah, lebih mencabar apabila digandingkan dengan pasangan pelakon yang jauh lebih muda,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini. 

Menurut Zamarul, membawa watak 'hero' dalam drama dianggap sebagai satu cabaran dan tanggungjawab besar yang perlu digalas.

“Sebenarnya, kali terakhir muncul dalam drama di TV3 pada 2019 lalu, dan apabila, saya diberi peluang sekali lagi untuk saya menjayakan, Aku Tanpa Cintamu, saya anggap bakat saya masih diperlukan dan selagi diperlukan, saya akan cuba memberi yang terbaik.

“Bukan mudah untuk menjadi 'hero’ pada usia ini, apatah lagi dengan membawa watak yang mempunyai masalah kesihatan metal yang dinamakan sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD),” ujar Zamarul  yang melakonkan watak Adam iaitu seorang pengarah drama.

Jelas Zamarul lagi, apa yang pasti bakat lakonannya masih diperlukan dan dia harus melakukannya dengan sehabis baik. 

“Sejak dari dulu lagi, saya tidak pernah melakukan kerja sambil lewa dalam melunaskan tanggungjawab untuk satu-satu watak yang dilakonkan,” katanya. 

Ketika diminta mengulas mengenai gandingannya dengan pelakon  ‘otai’ seperti  Zamarul  yang lebih berusia sebagai pasangannya, Bella  pula berkata, dia sedar jarak perbezaan usia sudah pasti ketara, namun mereka masih boleh memupuk keserasian.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

“Tidak kira ‘hero’ baharu atau berpengalaman, saya perlu cari keserasian supaya gandingan kami tidak nampak janggal di mata penonton.

“Lagipun, saya tak nafikan nak 'build up' keserasian dengan pelakon baharu memang ambil masa. Cuma, perbincangan sangat penting untuk kami sama-sama dapat sampaikan kisah dalam cerita ini, dan untungnya hubungan kami macam abang adik,” ujarnya.

Kata  isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang juga ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, peralihan statusnya membuatkan dia kini lebih berhati-hati dalam pemilihan naskhah yang bersesuaian.

Drama bersiri Aku Tanpa Cintamu terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd  yang diarahkan Emi Suffian ini turut dibintangi Datuk Seri Eizlan Yusof, Mas Anizan dan Zarynn Min. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Ia mengisahkan Adam (Zamarul Hisham) seorang pengarah yang merasakan seorang pelakon tambahan dalam drama diarahkannya, Nuha (Bella Astillah) menepati ciri-ciri isteri yang dicari.

Hubungan mereka bermula apabila Nuha yang bercita-cita tinggi ini terpikat dengan Adam, yang kemudianya memberi Adam kuasa untuk mengawal hidupnya.

Walau usia perkenalan mereka sangat singkat, Adam dan Nuha nekad untuk mendirikan rumah tangga. Namun, perasaan bahagia di fasa awal perkahwinan mereka mula pudar dan topeng Adam mulai terbuka sedikit demi sedikit. 

Adam yang disangkakan seorang yang baik dan penyayang semakin mengawal pergerakan dan perbualan Nuha. Selepas dijauhkan dari keluarga dan rakan-rakannya, semua yang dilakukan Nuha serba kekurangan di mata Adam. 

Seluruh hidupnya semata-mata untuk memenuhi cita rasa dan keperluan Adam yang melampau. Nuha mula merasakan bahawa ini bukanlah perkahwinan yang diimpikannya. Adakah dia berjaya melarikan diri?

Drama bersiri 15 episod ini sedang  ditayangkan di slot Samarinda bermula 15 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam dan boleh distrim secara langsung di www.tonton.com.my. - Getaran, 21 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara