web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Nona Diraikan, Masih Berjaya Capai Jumlah Tontonan Tinggi Kerana Memfokuskan Isu-Isu Wanita 

Pada episod khas, ‘Bicara Inspirasi Nona’ yang dikendalikan Amyra Rosli baru-baru ini, lima panel jemputan dari pelbagai bidang telah diundang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada kaum wanita di negara ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 6:00PM

Sempena ulang tahun program Nona ke-37, lima panel undangan pelbagai bidang menghiasi episod khas 'Bicara Inspirasi Nona'. - Gambar Media Prima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak bersiaran di TV3, program Nona  ini telah menjadi teman setia kepada kaum hawa dan juga sumber inspirasi kepada golongan usahawan wanita dalam menceburi bidang yang mereka minati.

Bahkan, Nona juga pernah  dinobatkan sebagai program televisyen yang paling lama bersiaran dalam Malaysia Book of Records pada 28 Ogos 2005 ketika ulang tahun TV3 yang ke-20.

Sehubungan itu, pada episod khas, ‘Bicara Inspirasi Nona’ yang dikendalikan Amyra Rosli bersempena dengan sambutan ulang tahun program Nona ke-37 baru-baru ini, lima panel jemputan dari pelbagai bidang telah diundang untuk  berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada kaum wanita di negara ini.

Amyra Rosli - Gambar Media Prima
Amyra Rosli - Gambar Media Prima

Panel jemputan terdiri daripada pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman, Pakar Perunding Onkologi, Dr Mastura Md Yusof, Selebriti Didie Alias, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Noryana Hassan dan pengasas Mamasab International Sdn. Bhd. Siti Nor Sabrina Soobri.

Dr Syed Hussian Aljunid - Gambar Media Prima
Dr Syed Hussian Aljunid - Gambar Media Prima

Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata, rancangan Nona unik dan di sebalik populariti pengacaranya, ia  sentiasa mendapat jumlah tontonan tinggi menerusi kandungan yang memfokuskan isu-isu semasa wanita.

“Malah ia juga memberi penekanan kepada paparan berkaitan keusahawanan, perubatan dan kisah-kisah inspirasi yang boleh menjadi motivasi kepada seisi keluarga.

“Jutaan terima kasih atas sumbangan mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kebanggaan TV3 ini.

“Ini termasuk kesemua pengacara serta mantan pengacara Nona, penerbit serta juruteknik yang pernah menyumbang tenaga menghasilkan program yang boleh dianggap sebahagian daripada DNA rakyat Malaysia,” katanya berucap ketika majlis Bicara Inspirasi Nona.

Dr. Noryana Hassan (kiri) dan Dr Mastura Md Yusof - Gambar Media Prima
Dr. Noryana Hassan (kiri) dan Dr Mastura Md Yusof - Gambar Media Prima

Bicara Inspirasi Nona yang diadakan buat kali pertama selepas lebih dua tahun berdepan pandemik COVID-19 adalah platform untuk program itu mencuri kembali hati penontonnya terutama golongan wanita muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Program episode khas ini turut, menyemarakkan kembali ‘networking’ atau rangkaian dengan usahawan generasi digital serta menghargai sokongan penonton yang diberikan selama ini untuk terus kekal relevan sebagai rancangan pilihan penonton.

Dr. Noraini Ahmad (kiri) dan Syed Hussian Aljunid - Gambar Media Prima
Dr. Noraini Ahmad (kiri) dan Syed Hussian Aljunid - Gambar Media Prima

Bicara Inspirasi Nona yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara dirasmikanh  Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

Turut hadir ke majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Khairul Anwar Salleh, Pengerusi Bernama, Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Efendi Omar.

Majlis dimulakan dengan sesi Sarapan Qalbu bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian oleh panel jemputan yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing.

Didie Alias (kiri) dan Puteri Shazwani - Gambar Media Prima
Didie Alias (kiri) dan Puteri Shazwani - Gambar Media Prima

Kepakaran mereka dalam bidang perubatan, ketenteraan, keusahawanan malahan seni dan hiburan menjadi bukti golongan wanita juga mampu bersaing dengan lelaki dalam pelbagai bidang.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Faizal Tahir dan Hael Husaini sebagai penutup. –  Getaran, 11 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Sedang Hangat! 6 Kumpulan M-pop Mencuri Perhatian Ramai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara