web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Filem - Misteri Adat Melayu Dan Permainan Warna Dalam Talbis Iblis 

Kabir sangat teliti meletakkan simbolik ini di dalam filemnya dan Talbis Iblis menawarkan sebuah filem dengan sinematografi, pergerakan kamera dan mood yang penurut penulis begitu cemerlang sekali.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 2:00PM

Kabir Bhatia kembali dengan buah tangan terbaharunya, Talbis Iblis. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah lagi filem seram Talbis Iblis menjengah ke pawagam hasil tangan pengarah ternama Malaysia, Kabir Bhatia. Mendengar nama Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31 ini, penulis sudah menanda kalender memastikan tidak mahu ketinggalan menjadi orang terawal menonton filem ini.

Penulis pada asalnya tidak menjumpai maksud perkataan ‘Talbis’ di Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Namun rupanya istilah ini adalah perkataan arab yang bermaksud perangkap serta muslihat. Maka Talbis Iblis ialah perangkap serta tipu daya yang dilakukan Iblis.

Talbis Iblis mengangkat tema yang sangat menarik iaitu ilmu perbidanan dan adat melenggang perut dan budaya Melayu ini jarang sekali untuk dipertontonkan kepada khalayak. Ia menjadikan Talbis Iblis memang kepunyaan Malaysia setelah beberapa filem lokal sebelum ini terasa seperti terlalu ingin menjadi ‘suara’ negara luar. 

Mengisahkan tentang Hajar (lakonan sangat cemerlang Azira Shafinaz) yang mencari sebuah tempat untuk melahirkan bayi yang juga merupakan anak luar nikah secara rahsia. Maka di situlah dia bertemu Mak Ju lakonan Nasha Aziz seorang bidan yang bersetuju menjaga bayi yang ingin dilahirkan Hajar.

Namun, rupanya Mak Ju mempunyai agenda sendiri untuk menjadikan bayi tersebut sebagai sebahagian daripada acara pemujaan.

Sepanjang menonton Talbis Iblis, penulis memerhatikan bagaimana tunjang utama filem ini iaitu Hajar dan Mak Ju dilihat hanya memakai dua jenis warna pakaian mereka iaitu putih dan merah. Jika diteliti lebih dalam, secara psikologinya merah memberi isyarat dendam, keinginan, kemarahan manakala putih bermaksud sifat melindungi, tidak bersalah, dan suci. 

Di awal filem ini kita dapat melihat bagaimana Mak Ju hanya memakai pakaian putih menampakkannya sebagai seorang bidan yang penyayang dan memang ikhlas membantu Hajar sehingga proses melahirkan. Namun, ketika karakternya berubah seiring dengan perubahan plot, warna merah dan putih bercampur menunjukkan ada transisi watak yang sedang berlangsung. 

Bukan itu sahaja, Hajar yang awalnya memakai pakaian merah berubah sedikit demi sedikit memakai baju berwarna putih. Ketika Ju cuba mempengaruhi Hajar, dapat dilihat bajunya ada bercorak sedikit merah. Menunjukkan ada aura jahat cuba mempengaruhi hatinya. Namun, satu babak di mana hajar mengoyakkan kain berwarna merah jelas menyatakan pengaruh buruk Mak Ju tidak sampai kepadanya.

Kabir sangat teliti meletakkan simbolik ini di dalam filemnya. Bukan itu sahaja, Talbis Iblis menawarkan sebuah filem dengan sinematografi, pergerakan kamera dan mood yang menurut penulis begitu cemerlang sekali. 

Namun begitu, penulis tetap merasakan plot keseluruhan Talbis Iblis tidak begitu kukuh dan padat. Terutama asas pemujaan yang dilakukan Mak Ju. Kerana ini sebuah filem seram, Talbis Iblis gagal memberikan momentum debaran atau babak seram yang boleh diingati selepas filem ini selesai.

Ia hanya sebuah filem yang cantik, itu sahaja. Tapi keseramannya tidak dirasai walaupun terdapat beberapa babak jumpscare dalam filem ini. Tidak pasti di mana silapnya. Mungkin terlalu banyak menggunakan kesan imej janaan komputer, ia sedikit sebanyak mengganggu fokus dan mood penonton.

Bukan itu sahaja, kerana filem ini mempunyai sebuah nuansa lokal, penulis kurang bersetuju jika ‘hantu’ dalam filem ini cuba dijelmakan dengan visual yang seperti raksasa. Kerana mistik dan hantu di alam Melayu banyak menceritakan tentang jembalang, nenek tanpa raut yang spesifik.

Dari mood sebuah filem hantu, tiba-tiba ia berubah seperti ala-ala filem raksasa di hujung cerita. Ia turut mengganggu mood penulis bahkan juga penonton lain. 

Namun begitu, Talbis Iblis adalah filem yang wajar diraikan kerana ia sebuah filem hantu yang tidak tipikal dengan tema misteri adat juga lapis-lapis cerita yang membuat penonton saling meneka-neka asal sumpahannya. Anda boleh menyaksikan Talbis Iblis di pawagam bermula hari ini. 

Perhatian: Ulasan ini mungkin mengandungi spoiler.

3 Getar 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara