web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelakon Wafariena Akan Buat Laporan Polis Terhadap Pengarah

‘Kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis di balai terdekat esok, terhadap pengarah sahaja, tidak termasuk pihak produksi’.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 2:05PM

Wafariena Roslan - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan, Suzanah Hamad, 59 akan membuat laporan polis terhadap pihak pengarah berhubung insiden yang menimpa anaknya ketika menjalani penggambaran untuk satu super telefilem, 'Mata Tak Berhijab' arahan pengarah Khairi Azmi. 

Suzanah ketika dihubungi berkata, tiada perkembangan lanjut daripada pihak pengarah selepas pemberian tempoh seminggu untuk berbincang dan menyelesaikan segala permasalahan yang terjadi sebelum membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang.

Suzanah Hamad (kiri) dan Wafariena. - Gambar dari Instagram
Suzanah Hamad (kiri) dan Wafariena. - Gambar dari Instagram

“Kami membuat keputusan untuk membuat laporan polis di balai terdekat dengan kami esok, terhadap pengarah sahaja, tidak termasuk pihak produksi.

“Ini kerana kita tak nak perkara sebegini berlaku kepada artis-artis lain di luar sana,” katanya kepada Getaran.

Menurut Suzanah, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap pengarah kerana memfitnah Wafariena dengan mendakwa anaknya itu sendiri yang rela melakukan aksi lagak ngeri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk. 

Tambahnya, dia bersama Wafariena telah berjumpa dan berbincang bersama Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim berkenaan isu itu.

“Kami sudah jumpa secara bersemuka dengan Presiden FDAM Dr Ahmad dan berbincang mengenai hal ini, dan kami telah memaklumkan bahawa semua apa yang dinyatakan pengarah berkenaan bukanlah perkara sebenar.

“Wafa tidak beraksi secara rela untuk babak tersebut, kerana agak bahaya untuknya membuat aksi lagak ngeri sedemikian,” ujarnya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan Wafa pada ketika ini, Suzanah berkata, anaknya kini sudah menunjukkan perkembangan positif. 

“Wafa kini sedang berehat di rumah dan Alhamdulillah, keadaannya semakin pulih, cuma dia akan sakit di bahagian perut setiap kali bergerak.

“Doktor pun tak boleh nak jangkakan berapa lama masa yang perlu diambil untuk Wafa sembuh sepenuhnya. Lagipun Wafa masih menjalani rawatan fisioterapi, rasanya minggu ini akan selesai rawatan tersebut.

“Di rumah pun, kami memang kena jaga kesihatannya terutamanya dari sudut pemakanan,” jelas Suzanah.

Suzanah turut mengakui, akibat kecederaan yang dialaminya, Wafa juga terpaksa membatalkan tawaran kerja yang lain dan memulangkan semula deposit yang sudah dibayar.

Wafariena sebelum ini mendakwa telah dipaksa melakukan sebuah babak aksi lagak ngeri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk yang menyebabkan tisu bahagian punggungnya cedera, manakala perutnya koyak serta berlaku pendarahan.

Dakwa Wafariena lagi, dia kesal apabila selepas berlakunya kecederaan itu, pihak produksi dan pengarah seolah-olah lepas tangan dengan perkara itu. Akibatnya dia terpaksa menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota. - Getaran, 26 Oktober 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara