web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seniman Serba Boleh, Imuda Jadi Pengusaha Kafe Pula Dalam 'The Pak Mat Clan' 

Bagi yang merindui kemunculan Imuda, pasti seronok apabila dapat menyaksikan semula lakonannya dalam drama bersiri 'The Pak Mat Clan' yang kini sedang bersiaran di slot Sakura, TV3.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2022 7:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingat dengan lakonan seniman serba boleh, Imuda dalam sitkom legenda, 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' atau pun '2+1'? 

Masakan tidak, bagi yang membesar pada era 80-an dan 90-an. Kemudian kita semakin jarang melihat kemunculan Imuda di skrin televisyen. 

Bagi yang merindui kemunculan Imuda, pasti seronok apabila dapat menyaksikan semula lakonannya dalam drama bersiri 'The Pak Mat Clan' yang mula ditayangkan di slot Sakura, TV3 sejak 8 November lalu. 

Imuda
Imuda

Selepas memegang watak pemuda kampung dalam 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dan watak lelaki ‘sotong' dalam '2=1', Imuda kali ini beraksi sebagai pesara tentera bernama Pat Mat yang mengendalikan  kafe 'Sitdown Coffee'. 

Diarahkan Safuan Rashid dengan nukilan skrip bersama Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Taqim Zaki,  drama terbitan Lumatic Films ini mengisahkan tentang kehidupan Pak Mat yang mengusahakan kafe tersebut bersama keluarganya. 

Bagaimanapun, perniagaan milik mereka sedang menghadapi masalah kekurangan pelanggan, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. 

Namun, cadangan ini dibantah Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.

Sementara itu, anak sulung Pat Mat iaitu Jay yang baharu sahaja tamat pengajian masih belum menjumpai haluan hidupnya apabila dia diberhentikan kerja sekali lagi. 

Pada masa yang sama, hari jadi teman wanitanya, Syikin makin hampir dan Jay ingin memberi hadiah istimewa buat Syikin tetapi berdepan dengan masalah kewangan. 

Jay mencuba pelbagai cara untuk mengumpul duit, termasuk menjadi pemandu E-Hailing menggunakan kereta Encik Im yang sedang berada di Bali, namun kesemuanya gagal.

Sementara itu, anak bongsu Pak Mat dan Puan Sally iaitu Nurul pula berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap. Nurul juga berasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?

Selain Imuda, Drama komedi bersiri 20 episod ini dibarisi Aishah Atan, Ezzrin Loy, Iman Suhana dan Qistina Khaled.

Sama-sama kita bergelak ketawa dengan gelagat ‘The Pak Mat Clan’ yang sudah mula bersiaran menerusi slot Sakura di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara