web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siti Saida, Siti Sairah Terharu Dua Kali Jadi Juara Mingguan Famili Duo, Pegang Motto ‘Do Or Die’ 

Sejujurnya memang kami tak sangka akan menang bagi minggu ini dan memang terkejut. Bagi kami, kemenangan ini adalah berkat doa dari mak kami serta keluarga dan semua orang di sekeliling kami,” kata Saida dan Sairah. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 2:00PM

Siti Sairah (kiri) dan Siti Saida diumum sebagai juara Episod 6 program Famili Duo. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan meraih markah paling tinggi sepanjang program Famili Duo musim ini berlangsung iaitu sebanyak 72.8 peratus iaitu markah paling tinggi sepanjang program Famili Duo musim ini berlangsung, ‘Siti Sisters’ dilihat terharu apabila mendapat sokongan padu daripada peminat dan penonton.

Pasangan adik-beradik Siti Saida dan Siti Sairah turut mengaku berasa sangat sebak tatkala diumumkan sebagai juara mingguan bagi tempoh dua minggu berturut-turut menerusi Episod 5 (tema Dangdut/ Hindustan/ Nusantara) dan Episod 6 (Irama Tradisional), Ahad lalu.

Grafik ihsan TV3
Grafik ihsan TV3

“Sejujurnya memang kami tak sangka akan menang bagi minggu ini dan memang terkejut. Bagi kami, kemenangan ini adalah berkat doa dari mak kami serta keluarga dan semua orang di sekeliling kami.

“Minggu-minggu sebelum ini pun, mak tiap-tiap hari akan telefon kami dan bagi kata-kata semangat termasuk Tok Ti (Datuk Sri Siti Nurhaliza), dia turut memberi banyak sokongan.

“Perasaan gementar sentiasa ada setiap kali berada di atas pentas kerana semua pasangan peserta sangat profesional dan bagus. Namun kami berusaha untuk membuatkan persembahan yang terbaik setiap minggu,” ujar mereka.

Menurut pasangan tersebut, meskipun berada di tangga terbawah berdasarkan markah keseluruhan setiap minggu, mereka berasa sangat bersyukur kerana berjaya meraih gelaran juara mingguan secara dua kali berturut-turut.

Jelas ‘Siti Sisters’ lagi, mereka akan memberi yang terbaik pada finale program realiti ‘Famili Duo’ ini, meskipun berada di tangga terbawah dalam carta markah keseluruhan. 

“Mula-mula memang sedih dan tertanya-tanya pada diri sendiri apa lagi yang perlu dibuat untuk menang. Adik saya Siti Sairah memang minat menyanyi dan dia sudah memberi komitmen dia sepenuhnya, malah dia lakukan yang terbaik setiap minggu. 

“Keadaannya yang kini hamil tak langsung mengganggunya dan ini membuatkan saya nekad untuk memberikan persembahan terbaik dan hilangkan perasaan gementar. Memang sebak apabila lihat pengorbanan adaik saya ini.

“Jadi saya tekad, menang atau tidak itu rezeki daripada Allah, apa yang kami buat adalah memberi yang terbaik untuk minggu hadapan,” tambah Siti Saida.

Senada dengan kakaknya, Siti Sairah turut berkata, ‘target’ mereka adalah untuk memberi yang terbaik.

“Bagi kami, menang atau kalah itu rezeki, apa yang kami boleh buat alah mencuba untuk memberi yang terbaik, dan Alhamdulillah kami dah memberi yang terbaik dua minggu dan kami akan memberi yang terbaik pada untuk final nanti. 

“Kita memberi ‘all out’ untuk minggu hadapan, dan ‘target kami adalah ‘do or die’ dan dan sentiasa kena positif kan diri serta ‘do the best’ ,” ujar Sairah.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Pasangan ‘Siti Sister’ mencipta sejarah dalam pemarkahan apabila mendapat markah mingguan tertinggi sebanyak 72.8 peratus, termasuk dengan pemarkahan daripada juri tetap sebanyak 9 peratus.

Mereka berjaya memecah rekod apabila mempertahankan gelaran juara mingguan program realiti itu untuk dua minggu berturut-turut menerusi Episod 5 (tema Dangdut/ Hindustan/ Nusantara) dan Episod 6 (Irama Tradisional), Ahad lalu.

‘Siti Sisters’ menyampaikan lagu ‘Pantun Budi’ (nyanyian asal Tan Sri Datuk S.M Salim) dan ‘Kurik Kundi’ (nyanyi asal Datuk Sri Siti Nurhaliza).

Kehangatan minggu separuh akhir Famili Duo kini semakin terasa! Ini dapat dibuktikan menerusi episod 5 minggu lalu di mana program realiti ini berjaya meraih sehingga 1.8 juta penonton (Sumber: Nielsen 2023). 

Dapatkah setiap peserta memberikan persembahan terbaik dengan tema Lagenda/Idola sekaligus menambat hati kedua-dua juri tetap Ajai dan Mas Idayu pada minggu ini?

Famili Duo ini dihoskan  Janna Nick dan Sean Lee, menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan anda juga boleh menonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Sukan 5 bulan yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

4

Muzik 6 bulan yang lalu

Lagu Hasrat, Ciptaan Dan Dendangan Amir Jahari Dinobat Juara AJL38

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara