web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Bukan Lelaki Terhebat’ Bawa Kisah Sebuah Pertemuan Tanpa Ada Yang Meminta

Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan, drama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi,  Harissa Adlynn, Ameerul Asyraf, Zarina Zainuddin, Omar Abdullah dan ramai lagi.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 5:00PM

Drama bersiri 15 episod ini ditayangkan di TV3, ia juga boleh ditonton di perkhidmatan penstriman iQiyi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menghiasi slot Samarinda terbaharu berjudul ‘Bukan Lelaki Terhebat’, menjanjikan sebuah drama menarik yang memartabatkan kaum adam dan tentunya menyentuh emosi di samping memberi pengajaran serta tauladan buat semua.

‘Bukan Lelaki Terhebat’  merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel ‘Bukan Lelaki Terhebat’ karya Dilla Ahmad bawah penerbitan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd.

Drama bersiri 15 episod ini bermula tayang di TV3 sejak 26 Januari lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.

Bermula dengan, sebuah pertemuan itu tercipta tanpa ada yang meminta, begitu juga dengan takdir Jaden Haqeef yang telah ditemukan dengan Seri Dhia di kebun getah milik atuknya, Pak Samad.

Kehidupan Jaden berubah setelah mengenali keluarga Pak Samad kerana ia amat berbeza dengan kisah hidup lalunya.

Diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Zarihah Hassan, rama ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi,  Harissa Adlynn, Ameerul Asyraf, Zarina Zainuddin, Omar Abdullah dan ramai lagi.

Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri.

Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann). 

Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah).

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya.

Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka.

Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad.

Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Lelaki Terhebat menerusi slot Samarinda, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI  sejam selepas siaran TV. - Getaran, 1 Februari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara