web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Peminat k-drama bakal menikmati semua ‘kenakalan’ tipikal karya percintaan drama Korea apabila seorang oppa kacak jatuh cinta dengan gadis Melayu.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 4:00PM

Jang Han-Byul dan Sweet Qismina.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazim sangat kita mendengar orang Melayu yang bercakap Korea, walaupun tidaklah fasih sangat. Maklumlah, pengaruh k-drama dan k-pop di Malaysia telah lama menghantui orang kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Namun, apa yang menarik, ada juga Oppa di Korea yang sebenarnya yang fasih berbahasa Melayu? Tak percaya? 

Kenalah anda semua saksikan ‘Lecturerku, Oppa!’ iaitu  sebuah drama yang memaparkan kisah cinta antara seorang pelajar dengan pensyarah baharu dari Korea di sebuah universiti. 

Mula ditayangkan di Malaysia sejak 3 Mac, ia dibawakan secara eksklusif oleh peneraju platform penstriman Asia, Iqiyi.

 ‘Lecturerku, Oppa!’ bakal membuatkan ramai wanita yang jadi ‘cair’ apabila melihat kemampuan Jang Han-Byul berbahasa Melayu menerusi watak pensyarah yang hot.

Apatah lagi bila ia turut memaparkan elemen ‘kenakalan’ tipikal karya percintaan drama Korea apabila seorang oppa kacak jatuh cinta dengan gadis Melayu.

Drama bersiri ini menggambarkan hubungan dinamik pensyarah dan pelajar yang turut diadun bersama cabaran dan penerimaan masyarakat terhadap kisah cinta mereka. 

Lebih menarik, drama ini membawakan unsur-unsur lebih terkini dalam drama komedi romantik Melayu dengan suntikan elemen k-drama merangkumi pelakon wanita utama yang apologetik, cemburu dan cinta tiga segi, dengan adegan janggal di perpustakaan. 

Kisah yang akan membuatkan rakyat Malaysia terhibur ini turut menampilkan gabungan saat-saat yang mampu mengundang air mata.

Menurut Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Dinesh Ratnam, ‘Lecturerku, Oppa!’ adalah sebuah drama Eksklusif iQIYI yang menonjolkan cabaran yang dihadapi sesetengah rakyat Malaysia dalam hubungan antara budaya dan agama yang berbeza.

“Kami melihat penonton menggemari elemen-elemen penukaran budaya yang pelbagai, seperti mana yang ditonjolkan dalam drama ‘Lecturerku, Oppa!’.

“Menerusi drama komedi romantik ini, anda bukan sekadar menyelami kisah cinta mereka tetapi juga disajikan dengan penerimaan yang membuatkan kita semua menghargai perbezaan budaya.

“Watak Sara dalam drama ini  merupakan gadis Melayu yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Jung-Hyun pula pensyarah Korea yang berasal dari Korea Selatan yang berpindah ke Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu. 

“Interaksi di antara mereka disepanjang siri berkenaan menyaksikan mereka mula mempelajari lebih lanjut tentang satu sama lain dan budaya asal mereka, dengan Jung-Hyun secara terbuka memeluk Islam dan mempelajari budaya Melayu,” ujarnya.

Lecturerku, Oppa! mengisahkan tentang Hwang Jung-Hyun, pensyarah baharu dari Korea yang mengajar di sebuah universiti di Malaysia. 

Walaupun dengan ketampanan dan disanjung ramai pelajar serta rakan pensyarah lain di kampus itu, dia hanya terpikat dengan Sara iaitu pelajar tahun akhir dalam kelasnya. Pada mulanya, Sara tidak menunjukkan sebarang minat terhadap Jung-Hyun. 

Namun, lama-kelamaan hatinya mula terpaut dengan Jung-Hyun apabila melihat keikhlasan dan keprihatinannya. 

Adakah cinta Sara dan Jung-Hyun mampu bertahan dengan pelbagai cabaran seperti personaliti mereka, pertembungan budaya dan penerimaan keluarga mereka? Saksikan telatah lucu mereka dengan setiap karakter akan membawa anda ke dalam perjalanan cinta yang penuh dengan suka dan duka.

Siri drama 12 episod ini diterajui pelakon dan personaliti internet popular Malaysia, Sweet Qismina, penyanyi popular dan pelakon, Naim Daniel, Farisha Iris, dan Atiq Azman serta Jang Han-Byul sendiri yang memainkan peranan watak utama drama ini. 

Peminat Han-Byul, mungkin mengenalinya sebagai pemenang ‘Big Stage’ Musim 2 yang  disiarkan di Astro Ria, yang merupakan warga bukan tempatan pertama yang memenangi rancangan terbabit.

Tonton siri Eksklusif iQIYI, Lecturerku, Oppa! menerusi aplikasi iQIYI dan laman web iQIYI (www.iq.com) dengan 2 episod baharu disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu bermula pada jam 9 malam. – Getaran, 8 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

Lagu berjudul ‘Belum Mulai’ itu mendapat lebih 850,000 tontonan di Instagram, dengan 1,700 komen sejak diperkenalkan pada 12 Jun lalu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran