web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rancangan ‘Food Hunting’ Satukan Cef, Selebriti Tempatan Dan Blogger, Rentasi Seluruh Malaysia Cari Restoran 5-Bintang

Menurut Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa, Dinesh Ratnam, rancangan-rancangan baharu berkenaan selaras dengan usaha untuk menempatkan diri dalam landskap pengiklanan kontemporari, yang dikenali sebagai ‘advertainment’.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 8:33PM

Disiarkan dalam format ulasan makanan dan rancangan memasak 'all-in-one', ‘5-Star Hunter Bersama Grab Food’ turut menampilkan cef selebriti Malaysia, Chef Fikree - gambar ihsan iQIYI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program memasak sambil jelajah melawat destinasi makanan viral pastinya menjadi satu rancangan yang paling menarik bagi penonton, khususnya untuk ‘food hunters’ di negara ini.

Terbaharu di platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI tampilkan rancangan pencarian makanan, ‘5-Star Hunter Bersama Grab Food’  yang dijayakan oleh cef selebriti bersama influencer tempatan dan blogger. 

Yang mana, kesemua mereka ini nanti akan merentasi bandar-bandar di Malaysia untuk mencuba pelbagai hidangan asli dari restoran 5-Bintang GrabFood.

Disiarkan dalam format ulasan makanan dan rancangan memasak all-in-one, rancangan ini menampilkan cef selebriti Malaysia, Chef Fikree.

Menurut Pengurus Besar iQIYI Malaysia dan Pengarah Kanan Bahagian Perniagaan Antarabangsa, Dinesh Ratnam, rancangan baharu  berkenaan selaras dengan usaha  mereka  untuk menempatkan diri dalam landskap pengiklanan kontemporari, yang dikenali sebagai ‘advertainment’.

“Dalam bidang hiburan, platform ‘over-the-top (OTT)’ seperti iQIYI telah muncul sebagai pemangkin penting yang mendorong pertumbuhan industri hiburan tempatan, menawarkan pelbagai jenama laluan baharu untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan pengguna mereka.

“Pendekatan inovatif ini membolehkan mereka melangkaui kaedah pengiklanan tradisional selain mengetengahkan tawaran mereka dengan cara yang sangat menarik dan dengan pengaruh yang lebih berkesan kepada penonton,” katanya.

Dinesh turut berkongsi mengenai komitmen berterusan pihaknya terhadap ‘advertainment’ dan ini ditunjukkan melalui hasil kolaborasi bersama Grab Malaysia.

Katanya, format rancangan ini akan menampilkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh GrabFood, sekali gus memberikan pengalaman unik kepada penonton.

Tambahnya, ia melangkaui kaedah pengiklanan konvensional, kerana GrabFood mengintegrasikan perkhidmatan mereka dengan lancar ke dalam pengisian kandungan rancangan, seterusnya memberikan pengalaman jenama yang unik dan mengasyikkan.

“Menerusi rancangan ini yang bermula 3 hingga 18 Jun 2023, iQIYI akan menawarkan baucar GrabFood bernilai RM50 kepada semua penontonnya, dengan hanya mengikuti iQIYI di semua laman media sosial mereka.

“Rancangan ‘5-Star Hunter Bersama Grab Food’ disiarkan dalam format ulasan makanan dan memasak ‘all-in-one’, dengan menampilkan selebriti Malaysia, Chef Fikree yang akan disertai beberapa blogger makanan dan selebriti tempatan merentasi bandar-bandar di Malaysia untuk mencuba pelbagai hidangan asli dari restoran 5-Bintang GrabFood,” ujarnya.

Kata Dinesh lagi, sejak tiga tahun kebelakangan ini pihaknya sudah berkembang dengan pesat dan meningkatkan keberadaan dalam pasaran Malaysia.

Serentak itu, iQIYI akan turut akan membawa pelbagai drama Original iQIYI sebagai sejajar dengan aspirasinya untuk menjadi hab hiburan Asia kegemaran yang mempersembahkan kepelbagaian hiburan Asia.

Bahkan,  iQIYI juga turut bekerjasama rapat dengan Media Prima untuk membawakan drama terbaru terbitan mereka.

“Drama original tempatan pertama berjudul ‘Rampas Cintaku’ yang bakal disiarkan untuk musim kedua yang mana atas permintaan ramai selepas kejayaan membanggakan pada musim pertama.

“Malah seperti dijadualkan Eksklusif iQIYI akan menyiarkan ‘Fast Girls’ pada suku keempat tahun ini yang mana ia akan membawakan nafas baharu kepada arena drama Malaysia dengan memaparkan tema unik gadis bermotor yang jarang dipamerkan dalam kandungan tempatan.

“Sebuah lagi drama original tempatan berjudul ‘Restu’ pula dalam perancangan akan ditayangkan menjelang akhir tahun ini,” katanya. – Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kecaman Tak Halang Grab Menyumbang, Beri RM1 Juta Untuk Gaza

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

oleh Helmi Anuar

Muzik 20 jam yang lalu

Persembahan Kitaro Pukau Pengunjung Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

oleh Wartawan The Vibes

Muzik 15 jam yang lalu

Tam Tak Sangka Konsert Sulung Spider Dapat Sambutan Luar Biasa

Ruang di Zepp Kuala Lumpur padat dan sesak dengan kehadiran lebih 2400 peminat kumpulan Spider sempena konsert sulung mereka selepas lebih dua dekad kewujudan k...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

oleh Wartawan Hiburan Getaran