web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Nov 2023 11:17AM

Pemandu Grab berjaya menggigit tangan remaja sebelum suspek melarikan diri. gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba menyamun seorang pemandu Grab berjaya diberkas selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu berusia 63 tahun itu pada mulanya menerima pesanan melalui aplikasi Grab yang memintanya mengambil penumpang di Lorong Taman Keladi 12, untuk dihantar ke Lorong Astana 9/7 Bandar Sri Astana. 

"Semasa dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, remaja itu menyatakan hasrat untuk meminjam wang sebanyak RM50 daripada pemandu dengan alasan mahu membayar sewa rumah dan sebaik mendengar permintaan itu, mangsa segera memintanya turun jika tidak mempunyai wang untuk membayar tambang. 

"Namun, remaja itu enggan berbuat demikian dan terus meminta agar dia dibawa ke Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar khidmat Grab digunakannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Tambahnya, pemandu Grab itu menuruti kehendak remaja berkenaan, namun setibanya mereka di Bandar Sri Astana, penumpang itu kembali meminta mangsa membawanya ke Taman Keladi. 

"Sebaik tiba di Taman Keladi, remaja itu tetap enggan turun walaupun dia sudah membuat bayaran sebanyak RM18. Dia kemudiannya cuba berlengah-lengah masa dengan meminta pemandu Grab itu memasuki beberapa lorong kecil. 

"Setelah beberapa lama, pemandu itu terpaksa menurunkan remaja berkenaan di satu lokasi dan meminta bayaran tambahan RM9. 

"Penumpang itu memberikan wang RM20 tetapi semasa mangsa hendak memulangkan wang baki, remaja itu tiba-tiba mengacukan pisau ke dadanya dan cuba merampas wang dari poket mangsa," katanya. 

Bagaimanapun, katanya, mangsa berjaya menarik tangan remaja itu lalu menggigitnya hingga memaksa suspek melepaskan pisau berkenaan, sebelum melarikan diri.

Zaidy memaklumkan, mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 8 malam tadi.

"Suspek yang berasal dari Bandar Sri Astana kemudiannya diberkas dua jam kemudian. Siasatan awal mendapati suspek adalah anak sulung dari empat beradik dan dia dipercayai bertindak demikian kerana marah dengan pengadu akibat dimaki.

"Selain itu, suspek juga cuba mengambil semula wang yang dibayarnya kepada mangsa sebelum itu. 

"Ujian urin dijalankan terhadapnya mendapati dia negatif dadah dan remaja itu sudah direman selama sehari bermula hari ini. 

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran 28 November 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pesakit Mental Ditahan, Disyaki Bakar 2 Bengkel Kenderaan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Wan Fayhsal, Jangan Tipu! Betulkan Semula Fakta Anda! - MKM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Ketua Sindiket Dadah Antara 10 Individu Ditahan Dalam Operasi Khas Di Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka