web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:14PM

Aaron Aro Dagang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menafikan bayaran fi kepada firma perunding PEMANDU bagi urusan perancangan strategik dan bengkel hala tuju MITRA menggunakan peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA).

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata bayaran fi kepada firma berkenaan adalah melalui peruntukan operasi kementerian dengan mengikut tatacara kewangan sedia ada iaitu Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 3.2.

"Saya menafikan bahawa bayaran fi kepada firma ini menguna pakai peruntukan MITRA.

"Saya ingin menafikan juga dakwaan bahawa PEMANDU akan mengendalikan proses penelitian permohonan, bantuan kewangan dan agihan peruntukan MITRA," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penglibatan PEMANDU adalah hanya untuk melaksanakan bengkel dan lab yang akan memudah cara urusan KPN berhubung perancangan strategik dan hala tuju MITRA bagi menghasilkan Blueprint MITRA.

Selain itu, beliau berkata penglibatan firma PEMANDU tidak menenggelamkan peranan Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran selaku Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA.

"Hal ini kerana, Pengerusi JPPK MITRA telah turut libat sama dalam dua perbincangan bersama PEMANDU. Saya sentiasa mengalu-alukan dan mengutamakan penglibatan Pengerusi JPPK MITRA dalam urusan ini," katanya.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab atas tadbir urus dan hala tuju MITRA, Aaron berkata satu Bengkel Penetapan Hala Tuju Baharu MITRA akan diadakan pada Mac dan April ini bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, badan bukan berajaan, persatuan belia, dan tokoh korporat.

Ketika ini, KPN menjalankan Kaji Selidik Hala Tuju Masyarakat India dan empat Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri telah mengisi borang kaji selidik ini setakat semalam.

"Segala pandangan dan cadangan dikemukakan dalam kaji selidik ini akan diangkat untuk dimurnikan dalam bengkel hala tuju. Saya mohon agar semua pihak mengambil bahagian dalam kaji selidik ini dengan memberikan pandangan, cadangan dan idea berhubung hala tuju MITRA," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

MITRA Kembali Bawah Kementerian Perpaduan Negara, Saya Akan Pantau - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka