web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 5:01PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu diputuskan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

"Jemaah Menteri putuskan MITRA dikembalikan ke JPM. Mengenai penguatkuasaan dan bila dipindahkan, boleh rujuk kepada MITRA," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya mengenai hala tuju baharu MITRA, Fahmi berkata, matlamat lanjut itu akan dimaklumkan MITRA.

"Sudah pasti dengan pulangnya MITRA ke JPM, fokus khusus akan diberikan untuk pastikan bukan sahaja MITRA sebagai sebuah badan diurus dengan baik, tetapi matlamatnya juga sama ada dapat dicapai atau diharap dikembang luas," katanya.

MITRA pada asalnya dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula pada 2018 diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Pada September 2022, ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.

Bagaimanapun pada Disember 2023 MITRA diletakkan semula di bawah KPN, sebelum Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA, menggantikan Datuk R. Ramanan pada Februari.

Pada 27 Mac, Ramanan menggesa agar MITRA dikembalikan ke JPM setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat India yang melihat badan itu lebih 'selesa' berada di bawah kawal selia JPM.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, gesaan itu juga disuarakan, kerana infrastruktur dan sumber di bawah JPM lebih maju berbanding kementerian lain, sekali gus membantu pengurusan lebih efisien untuk unit khas itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

2

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Arah KSU, Ketua Jabatan Kemuka Laporan Bulanan Kemajuan Projek Kerajaan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

MITRA Kembali Bawah Kementerian Perpaduan Negara, Saya Akan Pantau - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

FELDA Kekal Di Bawah JPM Hingga Semua Masalah Pokok Selesai - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki