web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Arah KSU, Ketua Jabatan Kemuka Laporan Bulanan Kemajuan Projek Kerajaan

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 12:05PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyampaikan ucapan pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan untuk mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.

Pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, laporan berkenaan perlu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum dimaklumkan kepada beliau.

"Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.

"Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza," katanya.

Anwar pada majlis perjumpaan itu turut meminta supaya setiap kementerian menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.

"Saya yakin, insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita," katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan dasar lama yang memberi manfaat kepada semua, bagaimanapun pendekatan yang digunakan perlu berubah.

"Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna," kata Anwar.

Majlis perjumpaan berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.

Mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan 2 Januari lalu, Anwar berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa penambahbaikan bersesuaian berdasarkan pandangan masyarakat.

PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, adalah pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data daripada jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka