web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FELDA Kekal Di Bawah JPM Hingga Semua Masalah Pokok Selesai - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Aug 2023 8:57PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama anak-anak Felda Teloi Timur ketika hadir pada Karnival Segalanya Felda di sini hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Felda akan terus berada di bawah Jabatan Perdana Menteri hingga semua masalah pokok berkaitan agensi itu dan peneroka selesai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri akan memantau Felda dan selepas semua masalah, termasuk yang dihadapi peneroka, diselesaikan baharulah agensi itu diserahkan kepada kementerian lain.

“La ni Felda di bawah Perdana Menteri, sebabnya kerana masalah banyak dan saya tak mahu ambil sikit-sikit untuk selesaikan.

“Saya dah bagi mandat penuh kepada Pengerusi Felda yang baharu (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) kerana saya tahu dia ada keupayaan dan dia serius nak selesaikan masalah ini.

“… dan saya beritahu dia, saya kata jalan saja, kalau ada masalah bagitahu saya dan insya-Allah, saya akan cuba bawa perubahan sedaya upaya,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di Felda Teloi Timur di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata Felda mempunyai sejarah tersendiri dan masalah utama yang dihadapi agensi itu perlu diselesaikan.

Anwar juga berkata memandangkan sistem dalam negara ini memerlukan sokongan rakyat maka beliau berharap warga Felda khususnya peneroka generasi pertama hingga ketiga menunjukkan komitmen yang baik.

“… kerana saya sedaya upaya saya dalam masa yang singkat ini telah cuba sebanyak mungkin. Tak ada siapa boleh kritik, boleh nafikan dalam lapan bulan selain RM8.3 bilion (pelupusan hutang peneroka Felda), soal internet, soal pusat dialisis, soal baik pulih sekolah daif dan lampu jalan (dilaksanakan).

“…berpuluh tahun (masalah ini), kita selesaikan baru berapa bulan? Lapan bulan, bayangkan kalau kita boleh pegang lima tahun,” katanya.

Pada akhir Jun lalu, Anwar menandatangani dokumen pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion dan peruntukan sebanyak RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi lampu jalan di kawasan tanah rancangan itu selain pembinaan 12 pusat hemodialisis dengan peruntukan RM21 juta di kesemua wilayah Felda.

Turut hadir pada karnival itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahmad Shabery. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki