web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 3:16PM

Seorang pemandu e-hailing cuba disamun seorang remaja pada Isnin lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, kes sudah dirujuk kepada pendakwa raya dan arahan pertuduhan telah dikeluarkan.

"Remaja itu akan dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing itu dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lalu, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu, bagaimanapun sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada jam 8 malam pada hari kejadian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja 13 Tahun Mengaku Salah Bakar Anak Kucing

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 13 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan