web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:05PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.

Menerusi kenyataan di X, UNRWA berkata, terdapat kekurangan makanan di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

"Di kem (pelarian) Nuseirat di tengah Gaza, UNRWA dan World Central Kitchen menyediakan makanan panas kepada 1,700 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan sekitar pusat perlindungan ini," kata agensi itu.

Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menyerang Rafah di selatan Gaza yang padat dengan penduduk selepas mengusir orang awam dari utara wilayah terkepung itu ke selatan dengan mendakwa ia sebagai 'kawasan selamat'.

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan hampir 29,000 penduduk Palestin terbunuh, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan.

Israel dituduh melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv antara lain menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 11 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight