web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengkarya Harus Jaga Sensitiviti Dalam Karya Seni, Jangan Terlalu Ghairah Menyuntik Elemen Komersil – Fahmi Fadzil 

Mengenai isu Kamal Adli yang diserang dan dipukul di Singapura dua minggu lalu, Fahmi memaklumkan kementeriannya telah berbincang dengan beberapa pihak bagi memastikan keselamatan Uqasha Senrose serta suaminya.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 10:42AM

Fahmi (tengah) bersama artis-artis yang hadir pada Hari Seniman Kebangsaan 2023, di FINAS. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu pelakon Kamal Adli diserang dan dipukul hingga cedera seorang lelaki di negara jiran baru-baru ini akan diserah sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara berkenaan, kata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Menurut menterinya, Fahmi Fadzil, beliau secara peribadi dan bagi kementerian tersebut sangat prihatin berkenaan aspek keselamatan artis-artis di luar negara.

Kamal Adli mengalami kecederaan selepas dipukul di Singapura, minggu lepas. - Gambar dari Instagram @kamaladli
Kamal Adli mengalami kecederaan selepas dipukul di Singapura, minggu lepas. - Gambar dari Instagram @kamaladli

“Mengenai perkara yang tidak disangka berlaku ke atas Kamal Adli yang diserang dan dipukul di Singapura baru-baru ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pihak bagi memastikan aspek keselamatan Uqasha Senrose serta suaminya itu.

“Saya turut bersimpati dan bimbang terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Andai mereka masih terus bimbang dengan keselamatan mereka, saya sudah menasihati mereka untuk membuat laporan polis di negara ini dan pihak polis akan membantu,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Hari Seniman Kebangsaan 2023 di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang.

Pewartaan Hari Seniman Kebangsaan yang disambut pada 22 Mac setiap tahun itu dipilih bersempena tarikh kelahiran Tokoh Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 

Ia bagi mengenang selain menghargai jasa dan bakti seniman legenda itu yang banyak mewarnai dunia seni tanah air dengan hasil karyanya.

Uqasha Senrose
Uqasha Senrose

Fahmi turut memberitahu kes Kamal Adli masih dalam siasatan pihak berkuasa Singapura justeru kementeriannya menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis di sana.

“Sejujurnya, kementerian dan saya sendiri tidak ingin perkara sebegini berlaku kepada sesiapa. Mungkin ada beberapa aspek yang kita belum tahu sepenuhnya. 

“Jadi, saya tunggu beberapa laporan dari pihak berkuasa Singapura sebelum membuat apa-apa spekulasi,” ujarnya.

Sementara itu, Fahmi turut meminta pengkarya serta anak seniman mengelak menyentuh sensitiviti atau salah tafsir dalam membikin sebuah karya dalam keghairahan untuk menyuntik elemen komersil. 

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, semua budayawan seni wajib mengamalkan keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan agar proses semak dan imbang dapat dilaksanakan.

“Negara kita ini, berbilang bangsa dan agama, jadi bagi menjaga kesefahaman antara satu sama lain adalah penting agar kita semua dapat memastikan usaha dan kesepaduan bersama dapat dicapai dengan saling bertukar pandangan dan sokongan.

“Malah, kita juga harus memastikan seni dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa terpelihara dan dapat dikembangkan lagi ke tahap yang lebih tinggi, seperti negara luar termasuk Korea Selatan, China, Jepun serta Amerika Syarikat..

“Saya yakin bahawa industri kreatif amnya dan industri filem khususnya akan terus berkembang sebagai jentera ekonomi kreatif. – Getaran, 22 Mac 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara