web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lari daripada watak Anak Orang Kaya ‘Megah Holding’, Hariz Hamdan Sahut Cabaran Jadi Pemuda Kampung 

Semakin dikenali menerusi 'Andai Itu Takdirnya', Hariz akui sedia terima kritikan penonton apabila membawa watak yang berada di luar zon selesanya dalam drama bersiri tersebut. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 8:00PM

Hariz Hamdan sahut cabaran membawakan watak anak kampung dalam drama bersiri 'Andai Itu Takdirnya'. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Hariz Hamdan sedia menerima kritikan penonton apabila dia mencabar dirinya untuk lari daripada membawa watak anak orang kaya.

Menurut Hariz, 21, yang cukup sinonim dengan drama-drama ‘Megah Holding’, selepas tiga tahun bergelar pelakon dia enggan dilabel sebagai pelakon stereotaip.

“Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.

“Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan hati yang terbuka.

“Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya,” ujar Hariz.

Hariz (tengah) membawa watak  Azhar iaitu adik kepada Aleya lakonan Hannah Delisha (dua kiri). - Gambar PR
Hariz (tengah) membawa watak Azhar iaitu adik kepada Aleya lakonan Hannah Delisha (dua kiri). - Gambar PR

Buktinya, dia sanggup menyahut cabaran untuk memegang watak sebagai pemuda kampung dalam drama bersiri, 'Andai Itu Takdirnya' yang diterajui  aktor Syukri Yahya dan Hannah Delisha. 

“Dalam drama bersiri ini, saya memegang watak sebagai Azhar iaitu adik kepada Aleya lakonan Hannah Delisha. Ia watak yang cukup mencabar bagi saya kerana memerlukan saya banyak menangis. 

“Namun, saya  bersyukur kerana watak dan  lakonan saya  di dalam drama tersebut berjaya menarik perhatian peminat.

“Drama ini juga  membawa tuah kepada saya, kerana sekarang jika ke mana-mana orang tidak panggil saya Hariz Hamdan tetapi Azhar.

“Dikenali dengan nama watak adalah satu penghargaan buat seorang pelakon dan saya cukup seronok apabila mengetahui lakonan saya diterima ramai,” luahnya lagi.

Disoal apakah pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang membawa watak di luar zon selesanya dalam drama tersebut, kongsi Hariz sambil tertawa, tangannya menjadi kemerahan-merahan gara-gara digigit nyamuk.

Tangan Hariz menjadi kemerah-merahan akibat digigit nyamuk. - Gambar PR
Tangan Hariz menjadi kemerah-merahan akibat digigit nyamuk. - Gambar PR

“Semasa awal penggambaran drama tersebut,  lokasinya adalah di sebuah rumah kampung. Ketika itu, saya langsung tidak menyediakan  sebarang ubatan atau krim anti nyamuk atau serangga.

“Tidak sampai 24 jam di lokasi penggambaran tangan saya penuh dengan bintik-bintik merah yang cukup gatal. Rupanya saya mempunyai kulit yang sensitif.

“Nasib baik, nyamuk tidak gigit bahagian wajah, jika tidak susah juga untuk tutup dengan solekan kerana bintik-bintik merah itu agak besar. Saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan tanda-tanda kemerahan itu mengambil masa sebulan juga untuk hilang,” kata Hariz.

Belajar daripada pengalaman tersebut, Hariz kini sentiasa bersiap sedia sebelum memasuki set penggambaran terutama jika lokasi penggambaran di kawasan kampung atau hutan.

“Sekarang saya okey, tidak ada sebarang masalah. Itu semua pengalaman yang menjadikan saya lebih bersedia. 

“Demi tidak berhadapan perkara yang sama, dalam kereta saya sudah seperti mini farmasi. Daripada krim sapu, ubat makan dan pelbagai lagi keperluan ketika kecemasan semua saya sediakan,” tutur Hariz.

Biarpun masih baru dalam dunia seni, Hariz bersyukur apabila bakatnya mendapat kepercayaan banyak pihak produksi tempatan. 

Selain 'Andai Itu Takdirnya', dua lagi drama lakonannya iaitu Isteri Halal dan Gadis Exxtra kini sedang ditayangkan serentak di kaca televisyen. 

Finalis pertandingan Hero Remaja 2020 itu juga bakal muncul dalam drama 'Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa' yang akan ditayangkan di TV3 pada 15 April ini. Drama tersebut menggandingkannya bersama pelakon-pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, A. Galak dan Puteri Aisyah.

Selain itu, drama lakonannya yang menanti tayangannya adalah Alamak Lagi-Lagi Dia (TV OKEY) bermula 24 April dan Sis Sayang Kamu (TV OKEY) pada 27 April serta filem Jemputan Ke Neraka yang akan berada di pawagam pada 22 Jun depan.

Hariz juga adalah duta jenama kasut sukan antarabangsa, Asics di Malaysia. - Gambar PR
Hariz juga adalah duta jenama kasut sukan antarabangsa, Asics di Malaysia. - Gambar PR

Hariz yang merupakan duta jenama kasut sukan antarabangsa, Asics di Malaysia turut melahirkan rasa teruja apabila dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch yang juga duta jenama berkenaan, pada acara pelancaran Asics di Vietnam baru-baru ini. – Getaran, 7 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia