web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ke Itali, Pertama Kali Ditayangkan Di Luar Negara - Bertanding Empat Kategori 

Filem tersebut bertanding dalam anugerah Udine Far East Filem Festival ke-25 (FEFF) yang bermula pada 21 April lalu, bagi empat kategori iaitu Golden Mulberry Award bagi Filem Terbaik; White Mulberry Award (penyertaan pertama); Lakon Layar Terbaik dan Pilihan Penonton Terbaik.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 2:00PM

Arie (dua kiri) bersama aktres Julia Farhana di Udine Far East Filem Festival ke-25 (FEFF) di Udine, Itali. - Gambar Arie Zaharie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem arahan terakhir Allahyarham Pitt Hanif berjudul ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk mengadakan tayangan premier sekaligus bertanding dalam Udine Far East Filem Festival ke-25 (FEFF) di Udine, Itali.

Filem tersebut bertanding dalam anugerah FEFF yang bermula pada 21 April lalu, bagi empat kategori iaitu Golden Mulberry Award bagi Filem Terbaik; White Mulberry Award (penyertaan pertama); Lakon Layar Terbaik dan Pilihan Penonton Terbaik.

Meluahkan rasa gembira, penerbit filem ini, Arie Zaharie merasa bangga apabila dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Arie berharap dapat membawa pulang trofi anugerah bagi kategori yang dipertandingkan dalam anugerah FEFF ke-25 ini. - Gambar Arie Zaharie
Arie berharap dapat membawa pulang trofi anugerah bagi kategori yang dipertandingkan dalam anugerah FEFF ke-25 ini. - Gambar Arie Zaharie

“Sebenarnya, saya dan semua kru filem ini termasuk pihak produksi, para pelakon dan semua yang terlibat amat berbangga atas pencapaian filem ini.

“Walaupun masih bertanding, tetapi apabila filem Malaysia ini dipilih mengadakan tayangan premier dalam filem festival antarabangsa, ini pun sudah cukup bangga buat kami. Kami sangat gembira dapat membawa filem Malaysia untuk dikongsi bersama mereka,” katanya kepada Getaran.

Jelas Arie Zaharie lagi, tayangan filem premier ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ini diadakan di Itali  pada 23 April lalu itu menjadi filem Malaysia pertama dipertontonkan di festival filem antarbangsa tersebut.

Kata Arie, mereka sangat berharap dapat membawa pulang trofi anugerah bagi kategori yang dipertandingkan dalam anugerah FEFF ke-25 ini.

“Bagi pihak semua pembikin filem Malaysia, kami amat berbangga dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia dalam edisi ke-25 ini. Doakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Arie turut berkongsi, biarpun filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ini masih belum berjaya meraih kutipan pecah panggung di Malaysia, namun ia telah diangkat sebagai filem yang berkualiti untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

Menurut  Ari lagie, kekurangan promosi filem ini adalah satu kemungkinan yang menjadi penyebab filem ini tidak berjaya meraih kutipan pecah panggung. 

“Apapun, kita berasa bangga sangat apabila filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ ini dapat ditayang di peringkat antarabangsa dan bertanding di filem festival antarabangsa,” tambahnya.

Keputusan pemenang FEFF Ke-25 bakal diumumkan, Sabtu ini. - Getaran, 26 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Kibaran Bendera Palestin Di Menara Condong Pisa, Itali

2

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Bila Suka Bertukar Duka…

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Julia Farhana Terus Terang Dengan Suami, Belum Sedia Pakai Tudung Lepas Kahwin

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

PM Itali Giorgia Meloni Ketua Negara Wanita Tunggal Di G20

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara