web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Sambutan Menggalakkan, Keputusan Permohonan Geran Industri Digital Diumumkan Julai - Fahmi Fadzil 

Geran-geran utama industri digital adalah Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG).

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 2:03PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keputusan permohonan geran-geran utama industri digital bakal diumumkan pada Julai ini, tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima, kata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil, geran-geran utama industri digital yang dikeluarkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), iaitu agensi di bawah KKD menerima sambutan yang menggalakkan sejak permohonannya dibuka bermula 2 Mei lalu.

Ia dibuktikan dengan penyertaan hampir 1,000 penggiat industri digital ke sesi taklimat secara maya pada 9 Mei lalu.

Geran-geran utama industri digital adalah Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG).

Kata Fahmi lagi, lebih 300 soalan dan maklumat berkenaan kriteria kelayakan permohonan geran telah dikemukakan penggiat industri digital yang hadir.

“Saya menggesa lebih ramai penggiat industri kreatif tempatan mengambil peluang memohon geran-geran yang disediakan bagi memanfaatkan peluang untuk kekal utuh berdaya saing dalam pasaran tempatan sekali gus menembusi pasaran global,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

 DCG 2023 memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital dan menyediakan empat cabang geran lain iaitu geran projek mini; geran pembangunan; geran produksi; serta geran pemasaran dan pengkomersialan. - Gambar hiasan
DCG 2023 memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital dan menyediakan empat cabang geran lain iaitu geran projek mini; geran pembangunan; geran produksi; serta geran pemasaran dan pengkomersialan. - Gambar hiasan

Tambah Fahmi, permohonan yang terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan Jun ini dan keputusan permohonan dijangka diumumkan pada Julai tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima.

Tarikh tutup permohonan geran adalah pada 1 Jun ini dan maklumat lanjut boleh didapati di www.mdec.my/grants

Menurut kenyataan itu lagi, DCG 2023 memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital dan menyediakan empat cabang geran lain iaitu geran projek mini; geran pembangunan; geran produksi; serta geran pemasaran dan pengkomersialan.

Keempat-empat geran itu bernilai antara RM150,000 dan RM2 juta adalah untuk syarikat, perusahaan, syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP) yang membabitkan empat bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

“MDXG pula memberi tumpuan kepada syarikat tempatan yang membuktikan kesediaan untuk mengeksport produk, aktiviti atau perkhidmatan teknologi yang bernilai tinggi, inovatif dan mampan untuk pasaran global dengan tempoh projek maksimum selama setahun.

“MDCG memberi bantuan kepada syarikat teknologi bagi merangsang penggunaan serta pembangunan penyelesaian lestari dan inovatif selari dengan sektor-sektor yang dipromosikan oleh Malaysia Digital (MD) berteraskan teknologi 4IR dengan tempoh projek maksimum setahun," menurut kenyataan itu.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara