Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Episod akhir drama lakonan Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won itu berjaya catat 24.9 peratus tontonan pada 28 April lalu, sekali gus mengatasi pencapaian Crash Landing On You 

Filem & TV Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 8:58AM

Kim So Hyun dan Kim Ji Won, dua watak utama dalam drama Queen Of Tears. gambar The Korean Times, Instagram Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, tvN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Drama Queen Of Tears, terbitan tvN berjaya memecahkan sejarah rekod rangkaian televisyen itu pada episod akhirnya yang ditayangkan baru-baru ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea semalam, episod akhir drama itu yang pada Ahad lalu, berjaya memperoleh 24.9 peratus jumlah tontonan.

Menurut portal The Korean Times, jumlah itu adalah mengatasi rekod yang dicatatkan sebelum ini menerusi episod akhir drama Crash Landing On You yang disiarkan pada 16 Februari 2020, yang merekodkan tontonan 21.7 peratus.

Mengimbas kembali plot episod akhirnya, Queen Of Tears menerusi watak utama, Baek Hyun Woo lakonan aktor terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun yang cedera parah akibat dilanggar, masih berusaha mengesan bekas isterinya, Hong Hae-In (Kim Ji Won) yang dilarikan 'musuhnya', Yoon Eun Sung (Park Sung Hoon).

Hasil bantuan rakan baiknya, Kim Yang-ki lakonan Moon Tae-yu, Hyun Woo berjaya menemui Hae In selepas 'buah hatinya' itu dapat melepaskan diri dari pengawasan Eun Sung.

Namun, selepas menyedari Hae In berjaya melarikan diri, Eun Sung mula 'mengejar' Hyun Woo dan Hae In, lantas berjaya menemui mereka di dalam hutan berhampiran kediaman milik keluarga Hae In.

Justeru, tercetus ketegangan antara ketiga-tiga watak terbabit, terutama selepas Hae In enggan mengikut Eun Sung, mengakibatkan lelaki itu nekad menembak Hae In, tetapi peluru itu terkena Hyun Woo yang tiba-tiba tampil melindungi bekas isterinya.

Kemuncak drama ini adalah, apabila Eun Sung mati ditembak polis yang tiba tepat pada masanya di lokasi kejadian.

Sementara itu, ibu kandung Eun Sung, Mo Seul Hee (Lee Mi Sook) akhirnya berjaya dipenjarakan selepas beliau dibuktikan terbabit dalam pembunuhan datuk Hae In, Hong Man Dae (Kim Kap Soo).

Susulan itu, hak pemilikan Kumpulan Queens dikembalikan semula kepada keluarga Hae In , iaitu pemilik sebenar syarikat konglomerat terbabit.

Dalam pada itu, drama Queen Of Tears turut mencetus fenomena di luar Korea Selatan apabila mengungguli carta 10 tertinggi bagi drama bukan bahasa Inggeris di Netflix bagi minggu terakhir Mac iaitu  25 hingga 31 Mac 2024, dengan jumlah tontonan 93.8 juta jam.

Ia juga berjaya menguasai carta 10 tertinggi di 68 negara, termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia dan India.

Malah, majalah TIME turut memuji drama Queen Of Tears, kerana memaparkan elemen baharu berbanding tema yang pernah ditonjolkan dalam K-drama, sebelum ini.

Bagaimanapun, episod akhirnya masih menerima kritikan penonton apabila menyelitkan beberapa unsur yang dianggap klise secara berlebihan.

Antara yang menjadi perdebatan penonton dan dianggap klise adalah plot ketika Hae In yang hilang ingatan atau amnesia, berjaya mengingati kisah lampaunya kerana rasa cinta yang amat mendalam terhadap Hyun Woo yang dianggap terlalu biasa.

Selain itu, kesukaran keluarga Hae In iaitu pemilik sebenar Kumpulan Queens untuk menewaskan musuh mereka turut dianggap klise kerana terlalu sering dipaparkan dalam K-drama.

Drama ini diakhiri dengan babak Hyun Woo yang sudah tua menziarahi kubur Hae In selepas 50 tahun kematiannya, sekali gus menimbulkan suasana sedih dalam kalangan penonton.

Di sebalik semua kejayaan dan kritikan, tidak dapat disangkal Queen Of Tears berjaya mengembalikan kegemilangan Kim Soo Hyun. Kali terakhir aktor kacak itu tampil di kaca televisyen adalah menerusi drama One Day yang ditayangkan tiga tahun lalu iaitu pada 2021.

Bagi Kim Ji Won pula, Queen Of Tears berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon wanita di Korea Selatan dan dilaporkan beliau sudah menerima banyak tawaran sebaik sahaja berakhirnya drama berkenaan.  Getaran, 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Muzik 23 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN