web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Terima sambutan baik di Netflix walaupun kutipannya gagal memenuhi sasaran ketika ditayangkan di pawagam

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 8:16AM

Filem biopik Anwar: The Untold Story berjaya mengungguli carta Top 10 Netflix Malaysia selepas ditayangkan di platform penstriman itu pada 31 Ogos lalu.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem biopik Anwar: The Untold Story mengungguli carta Top 10 Netflix Malaysia selepas mula ditayangkan di platform penstriman itu pada 31 Ogos lalu. Filem yang mendapat kritikan hebat ini menyingkirkan beberapa filem hebat lain seperti The Pope’s Exorcist yang berada di tempat kedua, The Monkey King di tempat ketiga dan Jurassic World: Fallen Kingdom di tempat keempat.

Kedudukan di tangga teratas ini mungkin juga kerana semangat kemerdekaan yang masih membara dan ramai yang ingin tahu mengenai jalan cerita filem garapan pengarah Indonesia, Viva Westi ini.

Ketika memasuki pawagam pada Mei lalu, kutipan filem ini gagal memenuhi sasaran walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Anwar: The Untold Story mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia  digarap berdasarkan kisah sebenar sebahagian hidup Anwar ketika mula menyandang jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Pelakon Farid Kamil menggalas tanggungjawab sebagai Anwar, manakala Acha Septriasa mendukung watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Filem ini turut dibintangi Hasnul Rahmat sebagai Mahathir Mohamad, Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi.
 
Filem terbitan Bianglala Entertainment ini menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta. - Getaran, 5 September 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 6 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara