web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem Tempatan Banyak Potensi, Kena Berani Cuba Yang Baharu

 “Kita harus berani cuba yang baru, tetapi keberanian ini harus berlandaskan kajian” – Datuk Ahmad Izham Omar

Filem & TV Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 8:32PM

Barisan pelakon Sheriff : Narko Integriti ketika tayangan gala bulan lalu - Gambar Helmi Anuar

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika membincangkan tentang idustri perfileman negara, memang ada banyak isu yang menarik perhatian. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan penambah-baikkan bagi membolehkan industri ini terus berkembang maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Biarpun masih banyak isu berbangkit, penggiat industri tidak pernah mengalah dalam menghasilkan naskah-naskah hebat untuk tatapan umum. Buktinya bukan satu dua filem yang mendapat kutipan pecah panggung, tetapi senarainya agak panjang. 

Tahun lalu filem Polis Evo 3 mencatat kutipan RM50 juta dalam tempoh 24 hari ditayangkan, manakala filem MALBATT: Misi Bakara pula merekod pungutan RM32.5 juta selepas lima minggu ditayangkan pada Ogos.

Polis Evo 3
Polis Evo 3

Tahun ini pula menyaksikan filem Sheriff : Narko Integriti yang diarahkan oleh Syafiq Yusof mengungguli carta pawagam di seluruh negara dengan meraih kutipan melebihi RM60 juta sejak mula ditayangkan pada 18 April lalu.

Tidak dilupakan, filem ‘Mat Kilau’ arahan Shamsul Yusof juga melakar sejarah apabila mencatat kutipan RM97 juta pada 2022 sekali gus meletakkannya sebagai filem dengan kutipan tertinggi di negara ini.

Biarpun kita mampu tersenyum dengan kejayaan-kekayaan manis ini, namun jika  dibuat perbandingan dengan industri filem antarabangsa, tidak keterlaluan jika dikatakan industri perfileman negara agak tertinggal lantaran berhadapan dengan beberapa kekangan, terutamanya soal bajet.

Mengulas senario ini, peneraju label produksi baharu, Komet Studios Sdn Bhd (Komet Studios), Datuk Ahmad Izham Omar berpendapat, industri filem tempatan sebenarnya punya banyak potensi dan ini terbukti dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh beberapa filem sebelum ini. 

“Industri filem tempatan banyak potensi. Dengan adanya kejayaan box-office seperti filem Sheriff, dan good surprises seperti Imaginur, ini menunjukkan kalau filem itu diterbit dengan baik, filem-filem Malaysia juga boleh mengejar penerbitan negara-negara lain.

“Tetapi ini memerlukan sokongan daripada semua pihak, daripada pembangunan kandungan seperti skrip yang baik, penerbitan, post-production, pengedaran dan pemasaran serta pelabur-pelabur yang sanggup memberi kepercayaan kepada sesebuah filem,” ujar beliau.

Ahmad Izham Omar - Gambar X
Ahmad Izham Omar - Gambar X

Beliau juga berpendapat untuk melahirkan karya-karya terbaik yang memikat hati penonton, meraih anugerah dan juga berjaya di peringkat antarabangsa, penghasilan skrip adalah perkara sangat penting. 

Katanya, seandainya pihak kerajaan ingin terus menyokong industri perfileman tempatan, pihak penerbit memerlukan lebih sokongan terhadap pembangunan di mana penulis-penulis boleh berkarya dengan sokongan yang baik.  

“Yang paling penting adalah dari saat penghasilan skrip. Kita perlu lebih sokongan terhadap pembangunan, di mana penulis-penulis boleh berkarya dengan sokongan yang baik.

“Tidak semua development akan dapat menghasilkan skrip yang baik. Tetapi kesemua aktiviti development, sama ada berhasil atau tidak, adalah aktiviti-aktiviti yang penting. Pemahaman ini amatlah penting.

“Untuk menghasilkan skrip yang baik, sokongan harus diberikan kepada golongan penulis untuk kesemua percubaan mereka. Saya nampak sebelum ini banyak sokongan diberikan kepada kerja-kerja penerbitan, post-production dan juga pemasaran.

“Itu memang bagus. Jadi untuk tempoh masa ke hadapan ini, apa kata kita fokus pada penghasilan skrip pula, jadi ideanya dari awal memang yang terbaik,” ulas Izham lagi. 

Pendapat ini ada benarnya kerana masih ramai yang kurang menyedari bahawa penulis skrip memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan jalan cerita yang dipersembahkan mampu menarik minat penonton untuk membayar tiket ke pawagam. 

Tanpa peranan penulis skrip, percayalah sebuah filem itu tidak mampu pergi lebih jauh, walau sehebat manapun pengarah, pelakon dan strategi pemasaran mereka.

Bagaimana pula dengan sikap sesetengah penerbit yang masih berhati-hati apabila memilih genre filem yang ingin dihasilkan? Masing-masing dilihat lebih selesa memilih genre yang sudah terbukti mendapat sambutan iaitu aksi atau seram. 

Santau antara filem seram yang mencatatkan kutipan membanggakan
Santau antara filem seram yang mencatatkan kutipan membanggakan

“Kita harus berani cuba yang baharu. Tetapi keberanian ini harus berlandaskan kajian, dan juga pengetahuan tentang industri and sambutan peminat. Saya selalu berkata “give them what they don’t know what they want.

“Ertinya, ya kita ikut kehendak pengguna, tetapi kita juga harus peka terhadap apa yang consumer belum tahu mereka inginkan. Jadi, projek dan penerbitan yang baik harus juga berlandaskan kajian pasaran yang mendalam dan yang dapat memberi petunjuk tentang arah mana pengguna mungkin tuju dalam masa yang akan datang.” ulas Izham yang juga bertindak sebagai Ketua Peneroka Komet.

Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, media dan kandungan, Izham juga pendapat penerbit filem harus tahu kesesuaian bajet apabila ingin menghasilkan sesebuah filem, biar apa pun genrenya. 

‘Penerbit yang menumpukan kepada genre filem tertentu, saya rasa penerbit itu hanya ingin mendapatkan pulangan yang tinggi. Tetapi ada juga penerbit yang masih menerbitkan filem yang genre tidak popular tapi masih dapat keuntungan yang baik. Pada akhirnya, memastikan kos anda terkawal adalah yang paling penting,” ujar Izham

Menjawab persoalan sama ada tindakan menumpukan pada satu genre filem ini sihat atau tidak pada industri, Izham berkata, jawapan yang tepat ialah, industri filem kita harus menerbitkan filem pelbagai genre demi kesihatan industri. Semua genre adalah penting untuk mempelbagaikan hidangan filem-filem untuk masyarakat. - Getaran, 27 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Diharap Terus Beri Sokongan Kepada Industri Filem Tempatan - Fahmi

4

TARA 2 tahun yang lalu

Demam 'Mat Kilau' Melanda Negara, Kutip RM1 Juta Hari Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara