web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Malaysia, Filem 'Sumpahan Malam Raya' Terbang Ke Brunei Dan Singapura

Penerbit 'Sumpahan Malam Raya', Denes Kumar memberitahu, filem komedi seram ini mendapat permintaan untuk ditayangkan di negara jiran iaitu Singapura dan Brunei.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 2:05PM

Filem komedi seram, 'Sumpahan Malam Raya' bakal melebarkan sayap ke pasaran luar negara - Gambar Veedu Production Sdn Bhd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas membuka tirai tayangan di seluruh negara pada hari pertama sambutan perayaan Aidilfitri, filem komedi seram, Sumpahan Malam Raya bakal melebarkan sayap ke pasaran luar negara. 

Penerbit filem berkenaan, Denes Kumar berkata, filem bergenre seram komedi itu menerima sambutan menggalakkan sejak mula ditayangkan di 80 pawagam seluruh negara bermula 21 April lalu.

Beliau bagaimanapun mengakui, masih terlalu awal untuk meramalkan jumlah kutipan yang bakal dihasilkan, apatah lagi sebahagian besar rakyat masih berada dalam ‘mood raya’.

'Sumpahan Malam Raya' ialah seram komedi yang tidak cliche, dan memberi nafas baharu kepada deretan filem seram komedi yang terlebih dahulu berada di pasaran
'Sumpahan Malam Raya' ialah seram komedi yang tidak cliche, dan memberi nafas baharu kepada deretan filem seram komedi yang terlebih dahulu berada di pasaran

“Walaupun masih awal, adalah sesuatu yang menggembirakan apabila filem ini mendapat permintaan untuk ditayangkan di negara jiran iaitu Singapura dan Brunei.

“Tayangan di Brunei sudah bermula beberapa hari lalu manakala di Singapura, ia akan berada di pawagam mulai hari ini,” katanya kepada Getaran.

Denes yang juga pengasas Veedu Production Sdn Bhd memberitahu, pihaknya amat berharap kemunculan filem berkenaan mampu menambat hati penonton, terutama peminat filem Melayu.

Jelas beliau, barisan pelakon ditampilkan juga bukan calang-calang .

Sumpahan Malam Raya ialah seram komedi yang tidak klise, dan memberi nafas baharu kepada deretan filem seram komedi yang terlebih dahulu berada di pasaran.

“Untuk memeriahkan suasana dan mood raya, apa salahnya kita menonton sebuah filem ringan yang mampu menghiburkan seisi keluarga,” katanya.

Menampilkan pelakon handalan seperti Nora Danish, Rita Rudaini dan Vanidah Imran, 'Sumpahan Malam Raya' berkisar kepada empat sahabat, Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah inap desa berhantu
Menampilkan pelakon handalan seperti Nora Danish, Rita Rudaini dan Vanidah Imran, 'Sumpahan Malam Raya' berkisar kepada empat sahabat, Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah inap desa berhantu

Sumpahan Malam Raya yang menjalani penggambaran di sekitar Pulau Carey dan Puncak Alam, Selangor diterbitkan dengan kerjasama MGE Production.

Diarahkan oleh Datuk Dr A Razak Mohaideen, filem yang menelan belanja RM2 juta ini turut menjalin kerjasama dengan studio milik komposer legenda, AR Rahman di Chennai, India bagi proses adunan muzik, bunyi dan foley.

Menampilkan pelakon handalan seperti Nora Danish, Rita Rudaini dan Vanidah Imran, Sumpahan Malam Raya berkisar kepada empat sahabat, Syawal, Tania, Adam dan Misha yang mengusahakan sebuah inap desa berhantu.

Pelbagai kejadian seram, misteri dan aneh berlaku di inap desa tersebut, hingga menyebabkan mereka nekad untuk mencari jawapan di sebalik semua itu.

Filem ini turut menampilkan pelawak baharu dan senior seperti Atu Zero, Ropie, Yassin Senario dan Saiful Apek. - Getaran, 28 April 2023

Gambar: Veedu Production Sdn Bhd

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara