web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BloomThis Kian Mengharum, Operasi Lebih Besar

Diam tak diam, BloomThis mengembangkan operasinya ke sebuah gudang berkeluasan 40,000 kaki persegi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika banyak perniagaan bergelut dengan masalah kewangan gara-gara pandemik COVID-19, BloomThis, peneraju pasaran dalam industri jualan bunga dan hadiah berasaskan permintaan dalam talian punya kisah manis.

Diam tak diam, BloomThis mengembangkan operasinya ke sebuah gudang berkeluasan 40,000 kaki persegi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Pengasas BloomThis, Giden Lim dan Penny Choo memulakan perniagaan ini atas dasar cinta.
Pengasas BloomThis, Giden Lim dan Penny Choo memulakan perniagaan ini atas dasar cinta.

Penyepaduan antara teknologi dengan pengalaman membeli hadiah menjadi asas kepada kecemerlangan operasi BloomThis. Sementara, gabungan kreativiti dan kecekalan pula menjadi rahsia di sebalik peluasan perniagaan BloomThis.

Dengan keluasan 40,000 kaki persegi, Gudang yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu menempatkan beberapa buah bilik sejuk bagi menyimpan bunga-bungaan dan barangan bukan bunga seperti aiskrim, minuman dan barangan usaha sama dengan jenama tempatan serta antarabangsa lain.

Sebahagian sudut yang menempatkan pelbagai pilihan pasu dan pokok menarik.
Sebahagian sudut yang menempatkan pelbagai pilihan pasu dan pokok menarik.

Ruang yang sama juga digunakan untuk semua operasi BloomThis, daripada pengurusan sehingga kepada penyimpanan dan pejabat perniagaan untuk melancarkan operasi syarikat.

Ketika pihak media dijemput melihat sendiri pencapaian dan operasi BloomThis pada Disember lalu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim memberitahu pihaknya sentiasa mahu berikan yang terbaik kepada pelanggan yang tidak putus-putus memberikan sokongan sejak awal penubuhan BloomThis.

“Gudang ini menjadi saksi kemajuan BloomThis sebagai sebuah perniagaan sejak kami mula beroperasi. Harapan dan impian kami adalah untuk terus berkembang sambil mengukir senyuman di wajah pelanggan setiap kali mereka membeli dan menerima hadiah.

"Ini adalah sebahagian daripada misi kami untuk mencipta detik-detik kebahagiaan buat pelanggan BloomThis,” ujar Giden Lim.

Giden Lim
Giden Lim

Dalam masa sama, beliau menjanjikan kualiti setiap produk yang dihasilkan di gudang BloomThis adalah yang terbaik dan bermutu tinggi. 

“Kami memastikan setiap hadiah digubah secara mewah dan menggunakan bunga-bungaan bermutu dengan integrasi teknologi yang memacu kecemerlangan operasi dan pengalaman memberi hadiah dalam kalangan pelanggan kami. 2021 ialah tahun yang sangat mencabar buat kami.

"Namun, kami bersyukur kerana di sebalik setiap cabaran, BloomThis masih mampu menggandakan pertumbuhan syarikat, menambah bilangan anggota pasukan, malah dapat menyempurnakan lebih daripada 1,000 penghantaran pada setiap bulan,” tambah beliau lagi.

Penny Choo
Penny Choo

Sementara itu, Pengasas Bersama BloomThis yang juga isteri kepada Giden, Penny Choo memberitahu pihaknya sentiasa mengkaji kecenderungan pelanggan dalam memilih cenderahati atau hadiah yang diinginkan oleh pelanggan-pelanggan mereka.

‘Saya menghabiskan banyak masa untuk memerah idea bagi menghasilkan hadiah yang mampu memikat hati pelanggan. Saya mahu berikan yang terbaik dan untuk menjadi terbaik banyak yang perlu dipertaruhkan.

"Sebagai syarikat yang masih baru, kami perlu menyusun strategi dan memanfaatkan kemajuan teknologi untuk terbang lebih tinggi,” ujar Penny.

Hanya yang terbaik buat pelanggan.
Hanya yang terbaik buat pelanggan.

Sebagai sebuah perniagaan yang bergantung kepada perjalanan operasi yang cekap, BloomThis memastikan setiap aspek perniagaannya mempunyai komponen teknologi bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya.

BloomThis bukan sahaja bergantung kepada teknologi dalam aspek e-dagang melibatkan pelanggannya, tetapi ia juga menyepadukan teknologi dalam operasinya.

Rancak menyiapkan tempahan pelanggan.
Rancak menyiapkan tempahan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BloomThis, anda boleh kunjungi laman web mereka di https://bloomthis.co/ atau mengintai akaun media sosial @bloomthis.

Giden dan Penny Kongsi Tip Kejayaan

Ketika pihak media dibawa melihat gudang terbaharu BloomThis baru-baru ini, satu sesi perkongsian turut diadakan bagi memberi peluang kepada tetamu mempelajari sesuatu daripada pasangan penuh visi dan misi ini.

Giden ketika sesi perbincangan dan perkongsian dengan pihak media.
Giden ketika sesi perbincangan dan perkongsian dengan pihak media.

Perbincangan bertajuk ‘Bisnes Pasangan Suami Isteri: Menempa Kejayaan Dalam Percintaan dan Perniagaan’ itu menyaksikan Giden dan Penny berkongsi beberapa tip kejayaan mereka.

1. Setiap pasangan haruslah tahu peranan masing- masing untuk memastikan perniagaan yang diusahakan bersama boleh mencipta kejayaan. Jelas mereka, perkara ini amat penting untuk memastikan hubungan peribadi dan bisnes tidak bercampur-baur.

Setiap tindakan untuk perniagaan tidak boleh dipengaruhi oleh status hubungan peribadi. Berfikirlah seperti rakan kongsi perniagaan.

Media dibawa melihat operasi Bloomthis dari dekat.
Media dibawa melihat operasi Bloomthis dari dekat.

2. Sebagai rakan kongsi perniagaan merangkap suami isteri, pasangan haruslah mengingati tujuan utama dalam memulakan perniagaan bersama. Tidak dinafikan bahawa minat serta semangat merupakan tujuan utama bagi seseorang mahupun pasangan dalam memulakan perniagaan.

Justeru itu, semangat dan minat inilah yang harus disemai dalam jiwa, agar apa sahaja kesukaran yang dihadapi boleh diselesaikan bersama-sama.

Penny berkongsi tip dengan pihak media.
Penny berkongsi tip dengan pihak media.

3. Perlu saling percaya. Menurut Penny, beliau berasa lega kerana tidak perlu risau rakan kongsinya ada berniat jahat terhadapnya. Sebagai seorang isteri pula, beliau akan faham jika Giden sedang berhadapan dengan waktu- waktu sukar dan perlu melakukan tugas pada luar waktu bekerja, sebagai contoh pada hujung minggu.

4. Sentiasa ingat akan tujuan utama perniagaan itu dimulakan. Mengapa mereka sanggup untuk mengambil risiko memulakan perniagaan bersama. Kongsi Penny, tujuan utama BloomThis dimulakan adalah atas dasar cinta dan keinginan untuk mencipta detik-detik indah. 

5. Sentiasa positif. Pasangan harus memberi sokongan moral antara satu sama lain. Ini kerana sebuah hubungan yang bahagia akan menghasilkan produk yang memberangsangkan. - Getaran, 25 Januari 2022.

Gambar: Syeda Imran & BloomThis

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN