web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Setelah 36 Tahun Beroperasi, Butik Habib Pertama Ucap Selamat Tinggal

Butik Habib cawangan Semua House merupakan bilik pameran Habib pertama yang dibuka pada tahun 1986.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 2:00PM

Butik Habib Cawangan Semua House

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berjalan menyusuri kawasan yang sentiasa sibuk dengan hiruk-pikuk manusia menjalani urusan harian sudah menjadi kebiasaan di sekitar Pasar Raya Semua House.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke butik Habib, memori silam kembali bermain di ruang minda, membawa anda ke detik pertama bilik pameran ini dibuka pada tahun 1986.

Loket emas rantai panjang 916.
Loket emas rantai panjang 916.

Menjadi bilik pameran Habib yang pertama dalam sejarah, butik Habib cawangan Semua House ini menyimpan 1001 cerita bak kilauan berlian dan permata yang dipamerkan.

Terletak di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman, Semua House membawa erti ‘rumah kepada segala-galanya’.

Cavo bangle from Oro Italia dari koleksi 916.
Cavo bangle from Oro Italia dari koleksi 916.

Terkenal pada era 90-an, pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenis barangan, dari barangan harian ke barangan pengantin, sehinggalah ke barangan kemas. Dan dari sinilah Habib mendapat idea untuk membuka butik pertamanya.

Keadaan dalaman butik Habib cawangan Semua House.
Keadaan dalaman butik Habib cawangan Semua House.

Antara detik terindah yang masih segar dalam ingatan ialah suatu masa dahulu, butik ini dibanjiri pengunjung yang tak berhenti-henti, sehinggakan Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer Habib sendiri turut bersama-sama turun padang melayani pelanggan.

Gelang Cleopatra dari koleksi Oro Italia 916
Gelang Cleopatra dari koleksi Oro Italia 916

“Penutupan butik Habib cawangan Semua House ini bukanlah satu penamat tetapi satu perjalanan kehidupan yang membuka kepada seribu satu permulaan yang baharu.

“Kenangan sepanjang butik ini beroperasi ialah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti. Sokongan yang tidak pernah berhenti daripada pelanggan, menjadi pembakar semangat untuk Habib menawarkan lebih banyak perkhidmatan yang terbaik.

“Terdapat lebih 30 bilik pameran untuk dikunjungi selepas ini di seluruh negara termasuklah di Jalan Bunus yang terletak hanya satu kilometer dari Semua House,” ucapnya.

Koleksi berlian dan batu berwarna eksklusif yang ditetapkan dalam emas putih 18 karat.
Koleksi berlian dan batu berwarna eksklusif yang ditetapkan dalam emas putih 18 karat.

Namun, usai hujan pasti akan muncul pelangi. Sebelum butik Habib cawangan Semua House ini melabuhkan tirai buat selamanya, Habib berlapang dada menyambut kehadiran pelanggan setia buat kali terakhir sehingga 30 September 2022. - Getaran, 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Trend Simpan Dan Labur Emas: Sudahkah Anda Membayar Zakat Emas?

3

TARA 2 tahun yang lalu

Permata Bukan Sekadar Batu Berwarna-Warni!

4

TARA 2 tahun yang lalu

Rantaian Kasih, Kembalikan Nostalgia Aidilfitri Di Desa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN