web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi Merdeka, Pesara Berhabis Hias Basikal

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 5:07PM

Yazid sanggup berbelanja RM300 untuk menghias basikal terpakai miliknya dengan Jalur Gemilang bagi menyambut Hari Merdeka esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Sempena kedatangan Hari Kemerdekaan negara, seorang pesara tentera sanggup berbelanja sebanyak RM300 bagi mempersiapkan basikal terpakai miliknya dengan deretan Jalur Gemilang yang menarik perhatian ramai.

Menurut Yazid Yusoff, 67, beliau mengambil inisiatif tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan esok meskipun negara masih 'berperang' dengan pandemik COVID-19.

Katanya, beliau merancang untuk meronda di sekitar Jitra pada pagi 31 Ogos, bersama rakannya yang akan turut mengayuh sebuah basikal tua.

"Basikal ini saya beli dari sebuah kedai barangan terpakai di Jalan Bukit Kayu Hitam kira-kira setahun lalu dengan harga RM200. Apabila semakin hampir dengan bulan kemerdekaan, saya terfikir untuk menghiasnya dengan Jalur Gemilang sebagai cara meraikan hari bersejarah buat negara.

"Saya menyatakan cadangan itu kepada adik ipar, Malik Endut, 61, yang memiliki kemahiran kerja besi dan dia membantu menghasilkan tempat duduk penumpang untuk basikal ini. Seterusnya kami berdua dengan dibantu isteri, Rahah Ahmad, 66, menghias basikal ini dengan Jalur Gemilang serta bunga-bungaan agar nampak menarik," katanya ketika ditemui Getaran di rumahnya di Taman Kenanga, di sini, hari ini.

Yazid Yusoff
Yazid Yusoff

Mengulas lanjut Yazid berkata, usahanya itu setakat ini mendapat perhatian ramai dengan beberapa pihak turut bergambar bersama basikal tersebut.

"Setiap kali tibanya Merdeka, saya tak lupa mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan dan laman rumah. Namun kali ini saya cuba untuk menampilkan kelainan menggunakan basikal ini," katanya.

Bapa kepada lima anak dan mempunyai 13 cucu itu turut menzahirkan harapan supaya generasi muda hari ini tidak melupakan nilai serta nikmat besar yang diterima di sebalik kemerdekaan negara pada 1957.

"Janganlah semakin lama, semakin dilupakan nilai Merdeka yang ada. Ini satu sejarah yang amat penting bagi negara dan kita perlu terus bersemangat untuk meraikan dan mempertahankannya.

"Sentiasa kenang akan peristiwa bersejarah ini serta pengorbanan orang dahulu dalam meraih kemerdekaan buat negara. Sayangnya sekarang ini saya lihat semangat anak-anak muda seakan makin sayup," katanya. – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Muhammad Shah Firdaus Sedia Galas Tanggungjawab Jika Azizulhasni Bersara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara