web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Devika Berkorban Rai Deepavali Demi Makcik Supiah

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2021 5:58PM

Devika (kiri,belakang) sanggup melupakan hasratnya untuk menyambut Deepavali bersama keluarganya di Kuala Lumpur untuk membantu jirannya Supiah Musa. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bagai cahaya yang menyinari orang lain, semangat sebenar Deepavali ditunjukkan seorang suri rumah, P Devika, 57, yang sanggup melepaskan peluang meraikan perayaan itu bersama anaknya hari ini, demi membantu seorang warga emas yang uzur dan terperangkap akibat banjir.

Devika berkata perancangan awal dia dan suami adalah untuk ke Kuala Lumpur bagi menyambut Pesta Cahaya bersama anaknya, namun ekoran bimbang akan keadaan Supiah Musa, 76, yang tinggal berseorangan di Taman Tanjung Bendahara di sini, mereka membatalkan hasrat tersebut.

“Kawasan rumahnya sudah dinaiki air sejak empat hari lepas, sebelum ini keadaan banjir cetek sahaja tapi hari ini air semakin naik, jadi sejak pagi tadi saya menguruskan untuk membawa Makcik Supiah ke rumah saya.

“Saya telefon APM (Angkatan Pertahanan Awam) untuk bantu pindahkan dia ke rumah saya selepas dapat kebenaran daripada anak angkatnya sebab saya bimbang dengan keadaan dia yang uzur dan tidak boleh bergerak, air pula semakin naik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Devika yang tinggal di Taman Sultan Abdul Halim, iaitu kira-kira 1 kilometer dari rumah Supiah, berkata dia mengambil upah menjaga dan menguruskan warga emas itu sejak empat tahun lepas termasuk menyediakan makan tiga kali sehari.

Menurut Devika, Supiah yang menghidap kencing manis dan darah tinggi selain lumpuh separuh badan, tinggal bersendirian sejak suaminya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

“Saya sangat kasihankan dia, jadi saya tak sambut Deepavali hari ini sebab saya tidak dapat menahan sedih melihat dia (keseorangan), jadi saya bawa dia balik rumah saya, nanti kalau air sudah surut saya hantar dia balik semula ke rumahnya,” katanya.

Sementara itu, pegawai Bahagian Operasi dan Bencana APM Kedah Muhammad Hilmi Yaakob berkata pihaknya menerima panggilan untuk bantuan memindahan mangsa banjir yang uzur itu pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Sebaik menerima panggilan itu kita menggerakkan sebuah pacuan empat roda dan sebuah ambulans dengan lima petugas ke lokasi berkenaan dan mendapati paras air di kawasan itu adalah sekitar 0.5 meter,” katanya.

Katanya, banjir di kawasan itu berlaku disebabkan limpahan air Sungai Kedah yang menjejaskan beberapa rumah sejak empat hari lepas.

Setakat 4 petang ini, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kedah adalah seramai 932 orang daripada 262 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara di empat daerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara