web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minat Batu-Batuan, Pegawai Bank Bergelar Pengusaha Kristal

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 8:29AM

Norizan bersama koleksi aksesori yang dihasilkannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pernah mengabdikan diri selama tujuh tahun dalam dunia perbankan, seorang pegawai akhirnya 'menyerah kalah' pada minatnya terhadap alam semula jadi, khususnya berkisarkan kepada keunikan batu-batuan.

Norizan Mohd Sultan, 47, berkata hobinya pada alam semula jadi seperti mendaki bukit, meneroka lautan atau sungai dan berada di rimba menjadi permulaan kepada cintanya terhadap pelbagai jenis batu-batuan.

Anak kelahiran Pulau Pinang dan sudah menetap di Johor lebih tujuh tahun itu berkata, dia gemar membawa pulang batu yang cantik untuk diletakkan di pasu bunga rumahnya jika pergi ke mana-mana sungai.

"Saya ingat, pernah ke Pulau Langkawi sebelum menjumpai sejenis batu yang sangat cantik dan dari situlah, saya mula mempelajari dengan lebih mendalam mengenai batu, antaranya tentang kandungan, fungsi serta kelebihan dimiliki.

"Kemudian, saya mula belajar mengenai batu kristal pula. Saya cuba dengan meletakkan batu ini di tepi komputer dan rupa-rupanya kristal ini boleh menyerap gelombang, mengeluarkan mineral dan persekitaran juga berupaya menjadi bersih. Bermula daripada situlah saya mula meminati kristal," katanya ketika ditemui di gerai jualan kristal miliknya di Hotel GBW di sini, baru-baru ini.

Apabila timbul minat itu, Norizan kemudian mula membeli buku-buku berkaitan batu dan belajar dengan lebih serius untuk berkongsi ilmu berkenaan kepada orang ramai.

Beliau turut mengambil tahu sejarah setiap batu dan cara penjagaan serta penggunaannya.

“Hasil pembelajaran, saya mendapat tahu bahawa batu amethyst berkesan merawat penyakit migrain,” katanya, tersenyum.

Norizan menunjukkan produk baharunya iaitu tasbih yang dibuat menggunakan koleksi batu-batunya.
Norizan menunjukkan produk baharunya iaitu tasbih yang dibuat menggunakan koleksi batu-batunya.

Norizan menarik perhatian, beliau yang menderita migrain sejak sekian lama tidak lagi diserang penyakit itu, malah sudah berhenti mengambil sebarang ubat berkaitan sejak hampir 12 tahun lalu.

"Apabila merasai sendiri kesan amethyst ini, saya jadi lebih minat untuk mempelajari kelebihan setiap batuan, dan mula berfikir untuk menjual kristal dalam bentuk yang mudah dipakai atau dibawa iaitu dengan menjadikannya aksesori diri.

"Oleh itu, saya mula mereka sendiri gelang tangan dan rantai daripada beberapa jenis kristal, sama ada untuk digunakan bagi tujuan merawat atau untuk perhiasan diri," jelasnya.

Walaupun minatnya membabitkan kos yang agak tinggi, khususnya untuk mendapatkan batu yang berkualiti tinggi, Norizan mengakui tidak rasa terbeban, malah lebih bersemangat apabila ada pengguna memberikan testimoni positif.

Beliau yang nekad berhenti kerja sebagai pegawai bank mendedahkan, pernah membeli batu amethyst termahal iaitu yang berharga sekitar RM3,000.

Katanya, dia banyak mendapatkan bekalan batuan dari China, Burma dan Thailand.

“Pada 2009, saya menyertai jualan di Pulau Pinang dan dari situ dia mengetahui tentang Kraf Malaysia dan terus bernaung di bawah mereka untuk membantu mengembangkan produk diusahakan,” katanya.

Ditanya apakah kelebihan apabila mempelajari jenis-jenis batuan, Norizan berkata, ilmu yang ada boleh mengelakkan pembeli tertipu jika ingin membeli aksesori seumpama itu yang dijual di pasaran.

"Saya sekarang sudah boleh mendapat aura batu dan boleh tahu ketulenan batuan itu walaupun dengan hanya memegangnya sahaja," katanya yang mempunyai pelbagai koleksi batuan mentah di rumah untuk diproses menjadi aksesori.

Mengenai hala tujunya dalam bidang diminatinya itu, Norizan berkata, beliau tidak pernah menyangka mampu berada di tahap sekarang.

"Saya pada awalnya cuma hendak belajar dan berkongsi ilmu diperolehi. Saya juga tidak sangka dihubungi pihak sekolah dan universiti untuk menggunakan koleksi batu yang saya ada bagi dijadikan bahan ujikaji atau pembelajaran.

"Bila saya lihat bidang ini juga digemari ramai orang, saya mula memasang impian untuk membuka muzium batu satu hari nanti. Itu adalah impian terbesar dan terakhir saya," katanya.

Katanya, ramai penggemar aksesori batu-batuan berusia pertengahan 40 tahun dan ke atas, selain sejumlah kecil pelajar sekolah yang tertarik dengan keindahan warna dimiliki.

Antara aksesori yang dihasilkan Norizan
Antara aksesori yang dihasilkan Norizan

Pemegang sijil Diploma Pentadbiran Perniagaan itu berkata, dia juga mengharapkan penggunaan batu kristal dalam kehidupan akan lebih berkembang apatah lagi ia sebenarnya boleh mengubah masa depan negara.

"Jika dilihat sebenarnya pelbagai mineral pada batu-batuan ini boleh dijadikan ubat, seperti paracetamol atau cecair titis mata yang selama ini diimport dari luar negara.

"Contoh lain, seperti batu hematite yang sememangnya banyak di negara kita ini dan digunakan untuk membuat barangan kosmetik. Jadi, kita tidak perlu import lagi jika kita menggunakan hasil bumi yang sememangnya ada di negara kita ini," katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan koleksi aksesori dari batuan dihasilkan Norizan boleh melayari akaun Izan Crystal atau halaman Deezan Crystals & Arts di Facebook atau @izancrystal di Instagram. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara