web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Biskut Raya Air Tangan Anak Autisme Terima Sambutan Menggalakkan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 9:14PM

Liney Diana Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Rumah Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) Kuantan di Jalan Teluk Sisek di sini, menjadi tumpuan setiap kali Ramadan kerana menawarkan tempahan biskut raya enak hasil air tangan anak istimewa itu.

Malah, perkhidmatan itu yang ditawarkan sejak kira-kira lima tahun lalu, menerima sambutan cukup menggalakkan dari agensi kerajaan dan individu.

Keadaan itu ada kala menyaksikan jumlah tempahan terpaksa dihadkan bagi mengelakkan situasi ‘tidak menang tangan’ untuk menyiapkan permintaan pelanggan.

Koordinator Rumah NASOM Kuantan, Liney Diana Ramli berkata, jumlah tempahan dibuka pihaknya pada musim Aidilfitri hanya sekitar 200 hingga 300 balang. 

“Itu jumlah maksimum boleh kami sediakan (300 balang), permintaan memang banyak, cuma takut tak sempat siap, jadi kita ambil (tempahan) berdasarkan kemampuan saja. 

“Dulu kita tawarkan tiga jenis biskut raya, tapi untuk tahun ini, kita buat dua jenis, Chocolate Chips dan Almond Chocolate Chips.

“Kita hasilkan biskut raya ini bersama anak-anak autisme, ia macam sejenis terapi untuk mereka, malah memang seronok kerana aktiviti berkenaan tidak terlalu berat dan boleh memberi ketenangan,” katanya ketika ditemui, hari ini. 

Biskut raya hasil air tangan anak istimewa ini sentiasa mendapat perhatian.
Biskut raya hasil air tangan anak istimewa ini sentiasa mendapat perhatian.

Rumah NASOM Kuantan memiliki 40 pelajar berusia antara 11 hingga 25 tahun dan dibahagikan kepada dua sesi. 

Ketika ditanya mengenai cabaran utama mengendalikan anak autisme ketika membuat biskut raya, Liney Diana berkata, ia adalah bagi memastikan semua anak-anak itu berada dalam keadaan tenang dan selesa. 

“Kalau mereka dah biasa, sudah selesa dan jika pemikiran mereka tengah ‘free’ (tenang), memang mudah nak handle (dikendalikan), tetapi aktiviti ini (menghasilkan biskut raya) menyeronokkan jadi setakat ini tidak ada masalah timbul,” katanya. 

Setiap langkah bagi menghasilkan biskut raya ini dipantau oleh sukarelawan dan tenaga pengajar di NASOM, Kuantan.
Setiap langkah bagi menghasilkan biskut raya ini dipantau oleh sukarelawan dan tenaga pengajar di NASOM, Kuantan.

Liney Diana berkata, semua langkah untuk menghasilkan biskut raya itu, sepert adunan, memasak dan memasukkan ke dalam balang dilakukan anak autisme di situ dengan pemantauan sukarelawan serta tenaga pengajar. 

Katanya, hasil jualan biskut raya itu digunakan sebagai dana sokongan operasi rumah berkenaan. 

Beliau berkata, selain menerima tempahan daripada agensi kerajaan Pahang, keenakan biskut raya dihasilkan anak autisme NASOM Kuantan turut menarik perhatian kerajaan Selangor.

“Kerajaan Selangor sering menempah biskut raya mereka (anak autisme) ini untuk dijadikan hamper,” katanya. – Getaran, 22 April 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara