web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengorbanan Ibu Berhenti Kerja Berbaloi, Bisnes Warung Ikat Tepi Jadi Tumpuan

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 12:28PM

Warung Ikat Tepi yang diusahakan oleh Aszarinawati Alias di Cameron Highlands.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CAMERON HIGHLANDS - Kasih ibu membawa ke syurga, malah jasa dan pengorbanan dalam membesarkan anak tidak mampu dibalas walau dengan segunung harta.

Justeru, sebagai ibu berkarier, tidak hairan apabila setiap daripada mereka pernah terfikir untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak demi memastikan permata kesayangan itu membesar sempurna. 

Begitulah kisah dikongsikan Aszarinawati Alias, 44 yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai pegawai pemasaran sebuah hotel di Cameron Highlands semata-mata untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga, terutama anak bongsunya yang menghidap masalah kulit, Ekzema.

Pengorbanannya meninggalkan kerjaya demi insan tersayang itu, akhirnya membuahkan hasil apabila perniagaan kedai makanan diusahakan, iaitu Warung Ikat Tepi dengan menyajikan nasi lemak sambal Toktok strawberi dan roti canai kuah kari kambing, kini dikenali ramai di Cameron Highlands.

Aszarinawati Alias
Aszarinawati Alias

Mengimbas kisah lalu, Aszarinawati berkata, lebih menyayat hati, suaminya, Iskandar Arsad turut mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pegawai operasi kerana tidak sanggup berjauhan daripada dirinya dan tiga orang anak mereka yang masih bersekolah. 

“Bila dah berhenti kerja, kita fikir apa yang susah untuk dapat di Cameron Highlands, khususnya di Kampung Taman Sedia dan akhirnya kami buat keputusan untuk buka warung menyediakan makanan apa saya, anak-anak dan mak ayah suka supaya mereka tak perlu makan di luar sebab mahal. 

“Bukan mudah untuk sampai ke tahap begini (tular), kami naik dengan sangat perlahan sebab dah buka sejak 2018. Sangat sukar laluan kami dengan anak ada ekzema, kami tiada pekerja, saya juga kena fokus kepada mak sebab kena bawa pergi dialisis namun, alhamdulillah, Allah permudahkan,” katanya sebak ketika ditemui Getaran, baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Aszarinawati berkata, dirinya sentiasa memegang prinsip kebahagiaan keluarga adalah kunci kejayaan dan sangat bersyukur dengan apa dikecapinya kini yang berbekalkan hasil usaha tanpa jemu.

Lantaran itu, menurut beliau, tidak terdetik sama sekali keputusannya membuka warung adalah untuk bersaing dengan penguasaha industri makanan yang sudah lama bertapak dalam perniagaan berasaskan strawberi, sebaliknya hanya mahu saling melengkapi bagi memberi peluang kepada pelancong menikmati produk Cameron Highlands di Kampung Taman Sedia. 

“Kita (peniagaan saya) hanya sebagai pelengkap untuk orang-orang biasa. Mereka yang sering datang untuk makan di kedai tular sebenarnya bukanlah market (pasaran) kami. Sebab itu, kita tiada langsung rancang nak lawan dengan penggiat industri besar di sini. 

“Bagi saya, Warung Ikat Tepi ini lebih dekat di hati kerana apa menu yang saya sediakan semuanya keluarga suka makan. Lagipun, bila buka bisnes sendiri ini saya ada masa untuk mak abah serta anak, di samping bekerja mengikut waktu kami tetapkan,” katanya. 

Antara hidangan yang disediakan di Warung Ikat Tepi.
Antara hidangan yang disediakan di Warung Ikat Tepi.

Lebih membanggakan, tidak wujud sifat saling dengki dan busuk hati antara usahawan mahupun peniaga sekitar, malah mereka saling berkongsi rezeki agar setiap perniagaan lebih maju demi ekonomi di Kampung Taman Sedia. 

“Komuniti di sini memang banyak membantu dan mereka suka untuk meramaikan peniaga di sini. Perkara menarik duduk di kampung ini mereka akan saling sama-sama kongsi rezeki. 

“Macam contoh saya kehabisan ayam, saya akan ambil (beli) dengan kedai sebelah sebab mereka jual menu tengah hari, saya jual sarapan. Saya juga ada buat katering, kalau saya ada rezeki lebih tempat lain tak dapat buat, saya akan uar-uarkan kepada mereka,” katanya. 

Selain bisnes gerai makanan dan katering, Aszarinawati yang lebih mesra disapa Kak De turut bergelar ‘personal shopper’ (pembeli peribadi) sejak awal tahun lalu. 

Roti canai kuah kari kambing.
Roti canai kuah kari kambing.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan makanannya, beliau merancang memberi tumpuan terhadap penjenamaan Warung Ikat Tepi yang akan mengekalkan konsep ‘Old Timer’ (masa lampau) dan tidak menggunakan pendekatan hipster bagi menarik orang ke gerainya. 

“Saya juga buat sambal Toktok strawberi sebab suami memang suka sambal Toktok jawa. Jadi saya ambil lebih kurang sebulan setengah cuba sebanyak 11 kali, sehingga dapat resepi ini dan alhamdulillah menjadi pilihan hati kepada sesiapa yang singgah makan ke Warung Ikat Tepi. 

“Kita tengah dalam perancangan untuk botolkan sambal pada akhir bulan ini yang akan dijual dengan harga RM17, lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kami juga sedang ke arah menjenamakan kedai seperti premis terkenal yang menggunakan cawan, pinggan, kertas bungkus tertulis nama warung,” katanya. 

Aszarinawati berkata, kedai makannya itu turut menyediakan pelbagai jenis kek, kuih dan scone sebagai memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

“Kek, kuih dan scone ini saya ambil daripada pembekal supplier. Kita cuba cari pemanis mulut dan pastri yang tiada di Cameron Highlands, kecuali scone.

“Walaupun scone dianggap makanan wajib kepada pengunjung di pusat peranginan tanah tinggi ini yang membuatkan kebanyakan peniaga menjualnya, saya turut berbuat demikian bagi menepati permintaan dan bersaing secara sihat,” katanya - Getaran, 22 Jun 2022.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind