web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Ramadan Penuh Duka, YAS Bantu 150 Penduduk Setempat

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2021 3:02PM

Afdlin Shauki menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Setapak dan Setiawangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ramadan membawa pengertian tersendiri untuk seluruh umat Islam.

Tidak kira di bahagian mana dunia mereka berada, kedatangan bulan penuh mulia dan barakah ini amat ditunggu, malah ada yang sanggup berhabisan dengan membuat pelbagai persediaan.

Bagi golongan yang berkemampuan, aspek persediaan termasuk penyediaan juadah bukan satu masalah, apatah lagi segala keperluan itu boleh diperoleh dengan begitu mudah.

Hanya dengan mengeluarkan lembaran berwarna warni dari dompet, pilih sahaja apa yang dihajati dan segalanya terhidang di depan mata.

Namun hakikat ini pastinya hanya sekadar satu angan-angan buat golongan kurang berkemampuan, yang perlu membanting tulang atau mengharap ihsan demi sesuap nasi.

Ramadan, meski dinanti namun pasti mendera hati dan sanubari, bila mana memikirkan segala keperluan yang perlu disiapkan untuk keluarga.

Menyedari hakikat ini, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dan Yayasan Vinod Sekhar tampil dengan inisiatif membantu golongan memerlukan di sekitar Setapak dan Setiawangsa di sini, sebagai persediaan menyambut ketibaan bulan mulia itu.

Sumbangan terdiri daripada barangan keperluan asas itu disampaikan menerusi satu program khas semalam, membabitkan sukarelawan mewakili kedua-dua yayasan.

Bercakap kepada Getaran di sini, Datuk Adflin Shauki Aksan mengakui, hatinya cukup tersentuh tatkala melihat masih ada penduduk yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki, semata-mata untuk memastikan seisi rumah tidak kelaparan.

Katanya, sukar untuk membayangkan betapa dalam keadaan dunia dilingkari kemodenan, ada yang hidupnya sekadar bergantung kepada nasib, menanti jika tuah datang menjelma.

“Saya sejujurnya amat sebak, apabila melihat masih ramai yang perlu dibantu walaupun menetap di bandar sejak sekian lama.

“Ternyata masalah kemiskinan bandar ini semakin parah, dan ia perlu segera ditangani sebelum menjadi lebih buruk,” katanya.

Program semalam jelas Afdlin, berhasil membawa beliau menemui sekitar 150 keluarga, termasuk mereka yang digolongkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dikenali sebagai Program Ambang Ramadhan YAS, ia turut disertai oleh Afdlin sendiri yang tidak kisah bermandi peluh demi untuk memastikan semua bantuan berkenaan dapat disampaikan dengan sempurna.

“YAS berpegang kepada slogan ‘kalau bukan kita, siapa?’ dan ia sebenarnya satu peringatan juga bahawa dalam menghulurkan bantuan, tidak perlu menanti sumbangan pihak lain.

“Kita gerakkan sahaja apa yang ada dan Insya Allah, semua urusan baik akan dipermudahkan Allah SWT,” katanya yang berpengalaman menyertai pelbagai misi kemanusiaan sebelum ini, termasuk ke luar negara seperti Palestin dan Syria.

Program oleh YAS ini jelas Afdlin, sentiasa digerakkan tanpa mengira waktu dan langkah mereka diyakini semakin luas, susulan kerjasama diberikan pihak lain seperti Yayasan Vinod Sekhar.

“YAS saya kira amat bertuah kerana menerima kerjasama satu pertubuhan yang asasnya cukup kukuh seperti Yayasan Vinod Sekhar.

“Ia membantu kami untuk mencapai lebih banyak tangan memerlukan, demi memastikan jumlah golongan memerlukan ini dapat diturunkan bilangannya satu hari nanti,” katanya.

Pada program semalam, Afdlin turut berkesempatan memenuhi jemputan penduduk ke kenduri tahlil dan sambutan ambang Ramadan bersama beberapa ahli PKR dan komuniti setempat. – Getaran, 11 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara