web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:24AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, Israel mengumumkan pembukaan laluan untuk bantuan kemanusian ke Gaza.

Langkah itu berikutan kecaman yang semakin meluas, termasuk daripada sekutu rapat Israel, AS selepas serangan ke atas kenderaan badan kebajikan berpangkalan di Amerika Syarikat, World Central Kitchen (WCK) meragut tujuh nyawa petugas bantuan kemanusiaan.

Bahkan Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menggesa supaya satu siasatan bebas terhadap serangan yang mengorbankan warganegara AS dan British yang juga antara tujuh petugas yang maut.

Pengumuman dari Israel itu, termasuk membenarkan laluan sementara bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelabuhan Ashdod dan pusat pemeriksaan Erez.

Kerajaan Amerika Syarikat menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Israel, Jordan, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta organisasi kemanusiaan bagi memastikan pelaksanaan berkesan dan peningkatan bantuan yang sampai kepada orang ramai di Gaza.

Sementara itu, dengan pembukaan laluan itu, Malaysia juga sedia untuk menghantar bantuan tambahan dengan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia sudah berada dalam keadaan siap sedia di sempadan Rafah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: "Insya-Allah, kami akan bantu kerana kami masih ada lagi peruntukan, beratus-ratus lori berbaris (membawa bantuan), jadi selesaikan yang itu dahulu, supaya pengagihan bantuan lebih tersusun".

Anwar berkata demikian kepada wartawan selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang.

Malaysia juga mengecam serangan Israel ke atas petugas bantuan kemanusiaan WCK dan kekecewaan di atas penggantungan operasi WCK akibat serangan itu.

Perkembangan selepas serangan ke atas WKC mencetuskan perbincangan di platform media sosial dengan ramai yang memerhatikan tindakan pantas selepas amaran Biden.

Bekas Pengarah Eksekutif Human Right Watch, Kenneth Roth menekankan kelebihan yang ada di tangan Biden tetapi tidak digunakan pada awalnya sementara yang lain seperti Mohammed Al Saif menonjolkan kesan potensi campur tangan lebih awal.

Pengarah Pusat Kajian Hegemoni Balas, Tim Anderson berkata, tekanan ke atas rejim aparteid itu membawa kepada kebenaran sementara penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi laluan Erez.

Keadaan di Gaza kekal meruncing dengan serangan tentera Israel sejak Oktober lalu mengakibatkan puluhan ribu korban dan kemusnahan pada skala besar.

Sekatan yang dikenakan Israel memburukkan lagi krisis kemanusiaan mengakibat penduduk Gaza mengalami kelaparan sehingga mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid.

Menurut Agensi Anadolu tentera Israel melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu dan lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 orang cedera, selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan yang akut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Umat Islam Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Insan Esok

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia, Pakistan Sepakat Terus Zahir Solidariti Kepada Penduduk Gaza

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis