web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berbeza Agama, Kepercayaan, Tak Halang Kumaran Berpuasa

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Apr 2021 8:35AM

Kumaran berbuka puasa bersama-sama rakan media lain di Alor Setar, Kedah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Walaupun bukan beragama Islam, namun kedatangan Ramadan amat dinantikan wartawan penyiaran TV3, Kumaran Rajamoney yang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa sejak 20 tahun lalu.

Menurut Kumaran, amalan berpuasa di bulan Ramadan sudah menjadi rutin tahunan buatnya, hinggakan beliau terasa janggal jika tidak berbuat demikian atas faktor tertentu, jatuh sakit misalnya.

Berbeza dengan tahun sebelum, Ramadan 2021 nyata memberikan pengertian penuh makna buat bapa kepada seorang puteri comel itu, kerana ulang tahun kelahirannya jatuh pada hari pertama umat Islam seluruh negara memulakan ibadat berpuasa, iaitu tanggal 13 April.

"Saya mula berpuasa sejak umur 16 tahun ketika bekerja secara sambilan di sebuah butik pengantin. Pada waktu itu, majikan saya sememangnya menyediakan sarapan dan makan tengah hari buat semua petugas.

"Ketika tiba bulan puasa, majikan saya itu menyediakan juadah berbuka pula kepada kakitangan yang rata-ratanya Melayu. Bermula dari situ, saya mula belajar dan berjaya berpuasa selama seminggu,” katanya kepada Getaran.

Sejak itu saban tahun, beliau berusaha meningkatkan jumlah hari berpuasa hingga berjaya berpuasa penuh ketika zaman bujang iaitu dari 2005 hingga 2008.

"Ketika itu saya tinggal bersama rakan serumah Melayu. Jadi mudahlah untuk saya berpuasa kerana mereka turut mengejutkan saya bersahur dan berbuka puasa bersama-sama.

"Kini apabila sudah berkerjaya dan berkeluarga, kadang-kadang saya terpaksa ponteng puasa kerana terdapat kenduri saudara-mara dan sebagainya. Tetapi jika tiada aral, saya tetap akan berpuasa dan tahun lalu, saya berpuasa selama 28 hari," katanya.

Kumaran berbaju Melayu ketika bertugas di pagi Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini.
Kumaran berbaju Melayu ketika bertugas di pagi Aidilfitri pada tahun-tahun sebelum ini.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Kumaran yang merupakan anak sulung dari tiga beradik berkata, ibunya, V. Ramai sama sekali tidak menghalang kerana kerap juga berpuasa mengikut tuntutan agama mereka.

"Selain itu, ibu juga pernah berpuasa pada bulan Ramadan sewaktu bekerja di sebuah kilang, satu ketika dulu.

"Cuma isteri, S. Kanjana, 36, yang merasa pelik ketika kami mula-mula berkahwin pada 2014 dulu. Namun akhirnya, dia faham akan apa yang saya lakukan malah turut membeli kurma untuk saya berbuka puasa," katanya.

Mengenai menu ketika bersahur, Kumaran berkata, ketika ini beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertahan hingga ke maghrib meskipun cuma bersahur dengan kurma dan air masak.

"Dulu mungkin sukar tetapi sekarang dah terbiasa. Kalau ada nasi, saya makanlah nasi tetapi kalau tak ada, kurma dan air masak dah memadai," ujarnya yang amat fasih berbahasa Melayu.

Menceritakan pengalamannya sepanjang berpuasa, Kumaran berkata beliau pernah diminta oleh individu tertentu untuk membantu membelikan makanan buat mereka yang tidak berpuasa.

"Saya kemudiannya menyatakan kepada individu berkenaan yang saya sendiri pun berpuasa dan perbuatan itu agak tidak manis untuk dilakukan. Individu itu kemudiannya menjadi malu alah dengan apa yang berlaku dan membatalkan permintaan tersebut," katanya. – Getaran, 15 April 2021
 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara