web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kampung Kacang Putih, Nostalgia Kudapan Generasi Lama

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 3:20PM

Pengurus DNS Kacang Putih, S Sathis Kumar mewarisi perniagaan itu daripada bapanya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebut sahaja kacang putih, pasti terbayang kudapan yang diminati semua lapisan masyarakat, namun, tidak ramai yang tahu kacang putih juga adalah nama sebuah kampung di Perak.

Sesuai namanya, Kampung Kacang Putih yang terletak di Buntong di Ipoh, menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim perayaan bagi membeli kudapan itu.

Ia juga menjadi antara destinasi terkenal pengunjung bukan sahaja dari Perak, malah dari negeri lain yang ingin merasai keenakan kacang serta keropok dijual beberapa pengusaha.

Kenangan manis ini pasti masih segar di ingatan generasi lama, bagaimana penjual kacang putih menggulung kertas menjadi bentuk kon, untuk diisi dengan kekacang atau snek rangup lain.

Perniagaan ini secara relatifnya mula berkembang sekitar 40 tahun lalu, apabila beberapa penduduk mula memproses kudapan itu kecil-kecilan dan sebahagian mereka bertindak membina kilang untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.

Sehingga kini, terdapat lebih 15 pengusaha muruku komersil dan kekacang di Kampung Kacang Putih, yang khusus membekalkan makanan ringan itu ke seluruh negara.

Semua kacang dan kerepek yang dijual di DNS kacang putih sentiasa mendapat sambutan pelanggan terutama pada musim perayaan.
Semua kacang dan kerepek yang dijual di DNS kacang putih sentiasa mendapat sambutan pelanggan terutama pada musim perayaan.

Apa yang menarik, semua pengusaha mempunyai ikatan persaudaraan dan faktor itu menyebabkan tidak timbul pergaduhan kerana berebut pelanggan.

Pengurus DNS Kacang Putih, S Sathis Kumar, 32, berkata, perniagaan itu dimulakan datuknya sebelum diwarisi bapa, yang kemudian menyerahkan perniagaan itu kepadanya untuk diuruskan.

Katanya, dia tiada masalah menguruskan perniagaan itu kerana sentiasa belajar dengan saudaranya di kedai bersebelahan.

“Semua kacang dan kerepek yang dijual di kedainya sentiasa mendapat sambutan pelanggan terutama pada musim perayaan.

“Setiap kali musim perayaan, jualan sangat laris dan kadang kala permintaan lebih banyak daripada pengeluaran kerana kebanyakan pelanggan sudah tahu kampung ini kawasan utama menjual kacang putih,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di kedainya di sini.

Menurut Sathis, semua kacang dan kerepek dihasilkan di kilang di sini kecuali bahan mentah seperti kacang dan tepung yang diimport dari India.

Sathis berkata, pengusaha di kampung berkenaan sehingga kini terbabit menjual dan memasarkan 120 jenis kacang serta kerepek.

Katanya, daripada kesemua itu, 40 jenis mendapat perhatian utama pelanggan seperti kerepek ubi pedas, omapodi, muruku bintang, muruku kari, kacang tanah kari, kacang telur dan kacang susu.

Menurutnya, selain untuk pasaran tempatan, kacang serta kerepek itu turut dieksport ke luar negara seperti Australia, China dan Brunei.

“Di sini ada kira-kira 30 jenis kacang serta kerepek yang dieksport, dan jumlahnya bergantung kepada permintaan,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Jelajah 9 bulan yang lalu

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara